Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Memperkasa Belia Ke Arah Pertanian Maju

By 10 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan foto oleh Suzilawati Kamarudin (Seremban)

SEREMBAN, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi menggalakkan sektor pertanian kepada masyarakat, Majlis Perasmian Kebun Mambau dan Springhill telah diadakan serentak bersama Hari Peladang Daerah Seremban, di sini semalam.

Menurut Ahli Jawatankuasa 1Malaysia Kampung Batu 3 Mambau, Rosfaizel Balia yang mengikuti program di bawah Pejabat Pertanian Daerah Seremban ini, dia telah mengambil peluang untuk melawat kawasan ladang pertanian milik AG Bio Organic Farm serta meninjau teknologi pertanian yang digunakan agar dapat diaplikasikan kepada mini projek tanamannya di rumah.

“Walaupun pada asalnya, saya mengikuti program ini sekadar suka-suka tetapi lama-kelamaan ia menjadi serius setelah dapat merasai memetik hasilnya sendiri, sekarang keluarga saya juga telah ikut serta dan masuk ke fasa baharu iaitu memproses tauhu dan taufufa sendiri dari kacang soya,” jelas Rosfaizel.

AG Bio Organic Farm & Trading Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat pengusaha pertanian di bawah bimbingan dan seliaan Pejabat Pertanian Daerah Seremban dan Yayasan Yayasan Tindakan Gerakan Affirmatif Baru (NAAM) yang mengusahakan tanaman seluas 30 ekar di Negeri Sembilan bagi keperluan tempatan.

IMG_20170309_122010

Terdahulu, projek tanaman di Kebun Mambau, Seremban dan Springhill, Port Dickson telah diusahakan dengan menanam sebanyak 18,000 pokok cili kulai secara fertigasi, 4,000 pokok timun fertigasi, 15,000 timun tanaman di tanah dan 15,000 kacang panjang tanaman di tanah.

Penasihat AG Bio Organic Farm & Trading Sdn Bhd, Dr Mohd Zahari Abu Bakar memberitahu sudah tiba masanya untuk pertanian menjadi penting kerana berkemampuan bagi mengurangkan kebergantungan pengimportan makanan dari negara luar.

“Penghasilan makanan sendiri ini memastikan negara tidak terputus bekalan makanan sekiranya berlaku krisis makanan, kegawatan dan perperangan,” katanya.

Zahari turut menyeru golongan belia supaya menjadi nadi utama penggerak pertanian moden kerana pertanian boleh memberi pendapatan yang lumayan sekiranya belia bersungguh-sungguh berbudi kepada tanah.

AG Bio Organic Farm and Trading Sdn Bhd turut memberi bimbingan kepada pengusaha tani dengan modal yang rendah serta kursus jangka pendek untuk menjayakan bidang pertanian pada masa hadapan kepada masyarakat.

IMG_20170309_124142

Majlis yang dirasmikan oleh Pengasas NAAM, Datuk M. Saravanan ini turut mempromosikan hasil tanaman ladang milik AG Bio Organic Farm.

M. Saravanan yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyeru agar usaha ini diperbanyakkan lagi bagi bagi memperkasakan pertanian dengan penggunaan tenaga muda tanpa mengira bangsa bersesuaian dengan teknologi moden pertanian yang akan memberikan hasil kepada negara.

Turut diadakan, majlis menandatangani kontrak ladang antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan AG Bio Organic Farm.

 

– AH

Tinggalkan komen anda