Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Penjawat Awam Perlu Manipulasi Kebaikan

By 14 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

Gambar utama: offhut.com

 Laporan dan foto oleh: Nurhasnani Abdul Wahab

MELAKA, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Kepesatan penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian menjadikan penjawat awam tidak terkecuali menjadikan ia sebagai medium komunikasi utama.

Dalam kepantasan penyebaran maklumat melalui media sosial, penjawat awam juga terdedah dengan perangkap keburukan dan impak negatif sekiranya tidak mengamalkan etika dan amalan terbaik dalam penggunaan media sosial.

Presiden DMDI, Tan Sri Mohd Ali Rustam

Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Mohd Ali Rustam menyeru supaya kakitangan awam lebih bijak memanipulasi kebaikan media sosial ke arah kesejahteraan negara.

Beliau berkata demikian selepas majlis ceramah ‘Kesan Penyalahgunaan Media Sosial Di Kalangan Penjawat Awam’ anjuran Kolej Antarabangsa DMDI kepada wakil-wakil jabatan perkhidmatan awam di Melaka, pada Jumaat. 

Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Anwar Farhan Zolkeply.

Menurut Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Anwar Farhan Zolkeply, penjawat awam perlu sentiasa berhati-hati dengan pelbagai ancaman dengan tidak membuka peluang kepada ‘hackers’ dan ‘scammer’ menceroboh maklumat peribadi melalui akaun media sosial masing-masing. 

Antara yang perlu dilakukan oleh penjawat awam dan pengguna media sosial adalah dengan sentiasa memeriksa senarai rakan dalam media sosial dan berhati-hati ketika membuat status selain sentiasa menukar kata laluan yang lebih tinggi nilai keselamatannya.

“Penjawat awam bukan sahaja perlu bertanggungjawab memelihara maklumat rasmi kerajaan malah perlu melindungi diri sendiri juga daripada menjadi mangsa kepada jenayah siber seperti akaun media sosial dipalsukan oleh individu lain dan sebagainya.” ujarnya.

Penyelaras Program Bahasa Kolej Antarabangsa DMDI, Bazri Abu Bakar.

Manakala, Penyelaras Program Bahasa Kolej Antarabangsa DMDI, Bazri Abu Bakar berkata sebagai kakitangan awam, perlu berfikir kesan yang diterima melalui status dan perkongsian yang dikeluarkan di media sosial.

“Penjawat awam perlu mengingati kesannya kepada organisasi. Kita juga perlu mengutamakan keberkatan dalam mencari rezeki dengan tidak menyebar berita yang tidak pasti dan boleh menjadi fitnah,” tegasnya.

-DZ

Tinggalkan komen anda