Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Hidangan Tradisional Borneo, Penyeri Setem Pos Malaysia

By 14 Mac 2017April 3rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh : Syaiful Harif Adnan / Foto oleh : Anwar Aizuddin Abdul Wahab

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Selepas kejayaan edisi pertama setem ‘Siri Makanan Perayaan’ sempena Sambutan Tahun Baharu Cina awal tahun ini, Pos Malaysia melancarkan edisi kedua siri tersebut dalam meraikan Hari Gawai dan Pesta Kemaatan yang akan disambut masyarakat di Sabah dan  Sarawak pertengahan tahun ini.

Menurut Ketua Unit Setem dan Filatelinya, Diyana Lean Abdullah, hidangan tradisional seperti Ambuyat, Linut, Hinava, Umai dan Manuk Pansuh yang sering dihidangkan semasa musim perayaan bagi kaum Kadazan Dusun di Sabah dan Dayak di Sarawak telah dipilih dan dijadikan ilustrasi setem.

WhatsApp Image 2017-03-14 at 12.52.13 PM

Kepelbagaian hidangan tradisional masyarakat di Malaysia diabadikan sebagai ilustrasi setem – Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah (kiri)

“Hidangan seperti ini, merupakan sajian yang sangat istimewa setiap kali tibanya musim perayaan. Kepelbagaian budaya dan amalan cara hidup masyarakat di Borneo mewarnai lagi cara penyediaan, persembahan dan rasanya,” ujar Diyana Lean semasa pelancaran edisi setem itu Menara Daya Bumi, di sini hari ini.

Jelas Diyana lagi, penerbitan setem khas ini adalah eksklusif di mana hanya 100 ribu keping setem Ambuyat/Linut (80 sen), 80 ribu keping Hinava/Umai (90 sen), 80 ribu keping Manuk Pansuh (90 sen) sahaja dikeluarkan dan boleh dibeli secara terus di kaunter pejabat pos seluruh negara atau menerusi www.posonline.com.my bermula 16 Mac 2017.

“Set folder lengkap yang mengandungi setem dan seluruh produk filateli bernilai RM69.20 juga boleh dibeli oleh orang ramai. Harapan saya, inisiatif ini juga akan dapat mencetus rasa ingin tahu masyarakat mengenai makanan tradisional mengikut budaya yang terdapat dalam negara.” jelasnya lagi.

Selain setem, siri ini juga turut menampilkan lembaran mini yang bercirikan ‘die cut’ dan tebukan membulat yang menampilkan ilustrasi dulang yang penuh dengan pelbagai manisan dan kuih-muih tradisonal berharga RM5.30.

WhatsApp Image 2017-03-14 at 12.54.27 PM

lembaran mini yang bercirikan ‘die cut’ dan tebukan membulat yang menampilkan ilustrasi dulang yang penuh dengan pelbagai manisan dan kuih-muih tradisonal berharga RM5.30

Menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, pihak POS Malaysia sekali lagi akan mengeluarkan setem ‘Siri Makanan Perayaan’ edisi ketiga.

 

-MSM

Tinggalkan komen anda