Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

3000 Orang Kanak-Kanak Dirai, Dalam Tayangan Amal Animasi

By 14 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Noor Sazarina Mohd Noor

PETALING JAYA, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 3000 orang kanak-kanak kurang berkemampuan terpilih daripada seluruh negara akan diraikan dalam program ‘Kiwanis MBO Mega Movie Treat’ melalui tayangan amal filem animasi ‘Smurfs – The Lost Village’ pada 25 Mac 2017.

Program yang merupakan kerjasama MBO Cinemass (MBO) dan Pertubuhan Sukarelawan Kiwanis Malaysia ini melibatkan tayangan percuma di 23 buah pawagam MBO di sekitar Lembah Klang, Selangor, Melaka, Kedah, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak sebelum tayangan umum pada 6 April 2017.

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran MBO, Cheah Chun Wai, program ini menawarkan peluang kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk mengalami sendiri pengalaman menonton filem di pawagam seiring dengan visi dan misi tanggungjawab sosial korporat syarikat itu, ‘Bringing Excitement Near You’.

WhatsApp Image 2017-03-14 at 1.35.44 PM

‘Kiwanis MBO Mega Movie Treat’ ini akan menjadi satu kenangan dan pengalaman yang menakjubkan kepada kanak-kanak berkenaan – Pengarah Jualan dan Pemasaran MBO Cinemas, Cheah Chun Wai

“MBO Cinemas merasa bangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Kiwanis Malaysia. Kanak-kanak yang dijemput ini akan berpeluang merasai sendiri pengalaman menonton filem di pawagam yang kemungkinan sebelum ini tidak pernah dirasai,” jelas Chun Wai semasa pelancaran ‘Kiwanis MBO Mega Movie Treat’ di salah sebuah pusat membeli belah di sini.

Menurut Govenor of Kiwanis Malaysia, Vincent Ho, kanak-kanak yang terlibat dalam program ini akan menyertai sambutan 19th Annual Children Party pada 25 Mac 2017 yang akan turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai program tanggungjawab sosial korporat yang mengumpulkan kanak-kanak kurang berkemampuan terbesar.

“Hasrat kami di Kiwanis adalah untuk mewujudkan persekitaran yang positif dan kanak-kanak ini mampu berkomunikasi dan menggalakkan perkembangan yang cergas dalam diri mereka. Saya juga berharap lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang akan mendaftar sebagai sukarelawan untuk membantu merealisasikan impian kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk lebih gembira, sihat, selamat dan disayangi,” katanya lagi.

Program ini akan dilancarkan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

 

-MSM

Tinggalkan komen anda