Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Inovasi BodyMist Repellant Pelajar, Kebanggaan PMM

By 16 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Rozer Masudin

MERLIMAU, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) merupakan antara pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) yang diberi ruang untuk mengetengahkan produk inovasi mereka ketika Hari Inovasi JPH yang berlangsung di Dewan Platinum, PMM, baru-baru ini.

Menurut pelajar semester lima Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, PMM, Mohd Harith Danial Kamarul Ariff, penganjuran Hari Inovasi JPH merupakan suatu platform dalam memupuk pemikiran kreatif untuk mencipta produk baharu bersesuaian dengan keperluan masa kini.

“Saya melihat program ini juga dapat mengharumkan nama PMM dengan memberi ruang kepada pihak pelajar menonjolkan idea dalam melahirkan produk-produk yang mungkin boleh dipasarkan untuk kegunaan orang ramai,” ujarnya.

Kumpulan BodyMist Repellent

Mohd Harith mengetuai sekumpulan pelajar yang berjaya menghasilkan BodyMist Repellent dengan fungsi tiga-dalam-satu iaitu bertindak sebagai pewangi, losyen kulit dan penghalau nyamuk.

“Idea ini tercetus hasil daripada perbincangan dalam kumpulan rentetan daripada penuluran wabak zika dan menyahut seruan kerajaan Melaka ke arah ‘green environment’,” jelasnya.

Selain Mohd Harith, kumpulannya dianggotai oleh Muhammad Amirul Shazwan Adnan, Nabilah Abdul Latif, Nuraida Madihah Jahari dan Mohd Nazri Shah Sabri.

Kumpulan BodyMist Repellent 2

BodyMist Repellent yang memenangi tempat pertama menewaskan kumpulan inovasi lain seperti daripada Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) dan Diploma Pengurusan Acara.

Dalam pada itu, BodyMist Repellent ini turut memenangi Anugerah Projek Ketua Jabatan yang merupakan anugerah paling tinggi dalam majlis ini.

Sebanyak 52 produk yang dihasilkan pelajar dipamer dalam penganjuran Hari Inovasi JPH kali ini.

Diadakan sempena bulan Inovasi PMM, kemuncak Hari Inovasi PMM JPH pada 23 Mac ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka, Datuk Md Rawi Mahmud.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda