Skip to main content
Berita TempatanSabah

Salah Guna Dadah Kalangan Belia Sabah Serius

By 16 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

Oleh:Ā Ā  Muhammad Khairul Azad Yunus / Foto: Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA KINABALU, 16 Mac (Malaysiaktif) ā€“ Dadah pemusnah generasi masa hadapan, hidup sihat tanpa najis dadah, dadah musuh utama negara, dadah pembunuh nombor satu dan apa-apa sahaja slogan menerangkan bahaya dadah seperti mencurah air ke daun keladi.

Gejala penyalahgunaan dadah terutama dalam kalangan belia hari ini dianggap serius dan mampu menjejaskan usaha kerajaan membentuk masa depan Malaysia menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, DatukĀ JainabĀ Ahmad Ayid, masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia yang bakal menjadi pewaris negara ini amat membimbangkan.

“Kita kini sedang bercakap soal TN50 yang fokus kepada kumpulan belia tetapi kalau anak kita terlibat dengan dadah bagaimana negara boleh maju ke hadapan.?

“Pada 2015, seramai 387 belia berumur 19 hingga 25 tahun terlibat dengan penyalahgunaan dadah di negeri ini dan sedikit menurun kepada 348 orang pada 2016.

Jelas Jainab, seramai 373 belia berumur 26 hingga 39 tahun pula terlibat dengan gejala dadah pada 2015 dan jumlah itu meningkat 756 orang pada tahun berikutnya.?

ā€œManakala sehingga Mac 2017, sudah terdaftar seramai 58 orang belia yang berumur antara 26 hingga 39Ā ?tahun terlibat dengan najis dadah.

ā€œIni amat membimbangkan. Justeru, penekanan terhadap pencegahan dadah yang bermula dari rumah harus menjadi keutamaan. Bermula daripada penekanan terhadap peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti perlu diperkasa dan diperkukuh,ā€ ujarnya.

Pada majlis itu itu, Jainab juga menyeru ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab, komuniti wajar lebih bekerjasama mengekang jika melihat berlakunya tingkah laku yang mencurigakan.

Pelantikan ini bertepatan memandangkan Jainab merupakan seorang yang berkaliber dalam meningkatkan kesedaranĀ stake holdersĀ (ketua) dan keperluan komuniti dalam usaha memerangi ancaman dadah.

Yeo (tiga dari kiri) terima watikah pelantikan Ikon Antidadah bagi Kempen PDH 2.0 Kawasan Karamunsing

Yeo (tiga dari kiri) terima watikah pelantikan Ikon Antidadah bagi Kempen PDH 2.0 Kawasan Karamunsing

Manakala Datuk Bandar Ā Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dilantik sebagai Ikon Antidadah bagi Kempen PDH 2.0 bagi kawasan Karamunsing yang bertindak sebagai agen meningkatkan keberkesanan koordinasi program serta aktiviti kepada kumpulan sasar.

Katanya lagi, bermula tahun ini, AADK mengambil beberapa pendekatan komprehensif bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan Ā sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

“AADK melaksanakan pendekatan developmental approach iaitu program pencegahan berasaskan umur, latar belakang, faktor risiko setiap kumpulan sasaran serta jenis intervensi yang berkesan.

“Dalam rawatan dan pemulihan, AADK menggunakan pendekatanĀ psycho sosialĀ danĀ psycho spiritual,Ā cognitive behaviour therapy, psycho educationĀ di sampingĀ modul matrixĀ dan kaunseling penagihan,” jelasnya.

-SF

Tinggalkan komen anda