Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

TN50 – Perpaduan Negara Perlu Penekanan Lebih Tegas

By 16 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: M Zakry Chan

MELAKA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Landasan baharu negara untuk menghadapi cabaran masa hadapan, Transformasi Nasional 2050 (TN50) bakal melakar wajah baru Malaysia 30 tahun lagi dan pelbagai pandangan dan cadangan rakyat Malaysia diperlukan untuk merealisasikan impian besar ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan TN50 sebagai pelan hala tuju jangka panjang negara menjelang tahun 2050 nanti pada pembentangan Bajet 2017 tahun lalu.

Menurut mahasiswa Universiti Malaya, Tan Yih Yih, 23, sebagai generasi muda yang bakal mengorak langkah mewarnai TN50 pasti intipati perancangannya hadir daripada impiannya dari generasi Y.

Tay Yih Yih

Mahasiswa Universiti Malaya, Tay Yih Yih.

“Dalam skop perpaduan kaum di Malaysia, kerajaan harus memberi penekanan walaupun telah banyak pendekatan dilaksanakan antaranya konsep 1Malaysia dan Rukun Negara. Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak rambut tidak putus begitulah perumpamaannya dalam jalinan hubungan kaum di negara tercinta.

Dalam pada itu, seorang penjawat awam yang ditemui, Eyamalay S. Arumugan, 56, berkata walaupun pada tahun 2050 itu umurnya sudah menjangkau 89, adalah menjadi harapannya untuk melihat anak serta cucunya hidup dalam keadaan harmoni.

“Selain itu, Malaysia juga akan menjadi negara yang serba maju dari aspek pembangunan fizikal dan yang paling penting moral penduduk di tahap yang tertinggi. Sebuah negara maju harus selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” ujarnya penuh harapan.

Elaymalay

Penjawat Awam, Elaymalay S. Arumugam – “Semoga dengan TN50, anak dan cucu akan dapat hidup dalam suasana harmoni.”

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Lim Ann Teck, 54, menegaskan kerajaan sentiasa memastikan impian generasi TN50 terlaksana.

“Tanggungjawab kerajaan kini mengambil sebanyak mungkin pandangan rakyat dan bakal diterjemahkan dalam membentuk dasar TN50 supaya transformasi ini menjadi realiti kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas Pertandingan Pidato 1Malaysia peringkat saringan di Auditorium Jabatan Penyiaran Melaka, di sini, semalam.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda