Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

Timbalan Perdana Menteri Somalia Melawat Keluarga Noramfaizul

By 17 Mac 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto oleh Harikrishnan A/L Paramasivam

SERI KEMBANGAN, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri Somalia, Mohamed Omer Arteh bersama keluarga semalam diiringi Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menziarah keluarga jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, yang terkorban akibat terkena peluru sesat ketika membuat liputan misi kemanusiaan KP1M pada 2 September 2011.

Semasa kunjungan hormat itu, Omer berterima kasih kepada keluarga mangsa kerana sudi menerima kunjungan mereka dan turut memohon maaf kerana perkara tersebut berlaku ketika misi bantuan untuk rakyat Somalia.

Ibu kepada Noramfaizul, Naemah Abdul Majid, 69 turut mengucapkan terima kasih kerana kerajaan Somalia melalui Omer sudi menziarahi keluarga arwah dan juga kerana dikenang jasa anaknya itu.

4e34f606-45ab-484f-ac9c-78eb29525877

Sempena kunjungan itu, Omer menyampaikan sumbangan bagi pihak kerajaan Somalia kepada keluarga arwah.

Sementara itu, Omer turut menyatakan harapan agar Malaysia meneruskan usaha membantu rakyat Somalia, terutama kanak-kanak mangsa kebuluran di negara.

Dianggarkan lebih 250 kanak-kanak mati disebabkan kebuluran di Somalia setiap hari.

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 39, meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar, 43, dan dua orang anak masing-masing berumur 8 dan 3 tahun ketika itu.

-AAS

Tinggalkan komen anda