Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahPutrajaya

LIMA ’17: Pusat Media Mula Dibuka

By 20 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

LANGKAWI, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Pusat Media sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’17) yang akan bermula esok hingga Sabtu ini mula dibuka kepada media hari ini.

Zhen menyifatkat kemudahan di pusat media MIEC bertaraf dunia

Zhen menyifatkat kemudahan di pusat media MIEC bertaraf dunia

Pusat Media itu yang terletak di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) itu mampu memuatkan seramai 150 petugas dalam satu-satu masa.

Menurut Jhih Peng Zhen, wartawan Military Link, majalah ketenteraan dari Taiwan menyifatkan pusat media kali ini cukup menyenangkan.

“Berbanding tahun lalu, pusat media kali ini lebih mesra media kerana menyediakan ruang yang lebih besar dan selesa.

Pada penganjuran yang lalu, tiada laptop disediakan untuk digunakan wartawan, tetapi kali ini segalanya cukup tersedia,” ujarnya yang sudah dua kali terlibat bertugas sempena LIMA.

Menurut Nathan Gain, Ketua Pengarang portal berita Air Recognition dari Belgium, penyediaan pusat media kali ini lebih memudahkan petugas mendapatkan maklumat.

Nathan dan Fred Pottiez (dari kiri) dari portal Navy Recognition turut menghantar 7 petugas sempena LIMA kali ini

Nathan dan Fred Pottiez (dari kiri) dari portal Navy Recognition turut menghantar 7 petugas sempena LIMA kali ini

“Ini merupakan kali kedua saya membuat liputan sempena LIMA, dan pengalaman saya menyatakan se
segala kemudahan cukup tersedia untuk pengamal media kali ini. Tiada apa yang kurang di sini, segalanya cukup sempurna,” jelasnya lagi.

Nathan berharap agar akses mendapatkan berita lebih mudah kali ini kerana sebelum ini petugas menghadapi kesukaran masuk ke dalam kawasan-kawasan tertentu ekoran sistem keselamatan yang agak ketat.

Menurut Ketua Perhubungan Media LIMA’17, Lt. Kol. Salawati Yahaya, pusat tersebut akan dibuka dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang sepanjang pameran berlangsung.

“Di sini, kita menyediakan pelbagai kemudahan kepada wakil-wakil media, termasuk ruang sidang akhbar, 25 komputer berinternet, WiFi, mesin pencetak serta maklumat berkaitan pameran ini,” katanya.

Salawati berkata, pusat itu juga akan menyediakan maklumat lengkap berkaitan setiap acara sempena pameran tersebut.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda