[VIDEO] 429 Wakil Media Mendaftar Untuk LIMA’17

regist

 

Laporan / Foto oleh Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

LANGKAWI, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Hari pertama pendaftaran media untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’17 ) menyaksikan 429 wakil media iaitu 300 media tempatan dan 129 media luar negara telah mendaftar pada pagi di hari pertama.

Keadaan agak kelam kabut bila ramai media yang telah mendaftar lebih dua bulan yang lalu gagal mendapatkan pass media LIMA’17 ini.

Di atas kecekapan petugas-petugas urusetia dari pihak penganjur, acara yang telah berlangsung sejak 1991 ini, ia telah berjaya di selesaikan dengan baik.

Wartawan Berita Harian, Hamzah Osman, 54, berkata dia telah mendaftar awal bulan Februari yang lalu tetapi setelah beratur panjang, kad media LIMA’17 untuknya tiada.

Dia perlu menunggu untuk kad medianya dibuat.

Menurut juruhebah Radio Langkawifm, Sufina Halim, 41, keadaan pagi ini agak kelam kabut dan tidak sistematik, tetapi itu semua tidak penting. Baginya apa yg penting ialah perkara ini dapat diselesaikan segera dan semua petugas media dapat membuat liputan terbaik untuk LIMA2017.

Wartawan TV3, Kumaran Rajamoney, 32, mencadangkan adalah lebih wajar disekalikan tempat pendaftaran dan pengambilan kit media. Ia tidak perlu diasingkan. Ini kerana tempat pendaftaran dan tempat pengambilan kit media agak jauh.

Selain itu, mereka telahpun beratur panjang untuk pendaftaran kemudian terpaksa beratur semula untuk mendapatkan kit media.

Petugas media tempatan, Mohd Azaharin Alias, 30 berkata, dia telah beratur panjang di lorong pendaftaran media, tetapi bila sampai di kaunter, dimaklumkan lorong tersebut hanya untuk media luar negara.

Menurutnya, pihak penganjur perlu meletakan tanda media asing dan media tempatan supaya tidak menganiaya petugas.

Selain itu, dia juga menghadapi masalah kad media tiada walaupun telah mendaftar awal.

Pegawai Media Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan Malaysia, Kapten Muhammad Afifi Azham Mohd berkata, lebih 560 media dalam dan luar negara mendatar untuk LIMA’17.

Menurutnya, keistimewaan LIMA’17 kali ke 14 ini ialah 10 buah negara baru pertama kali menyertai acara dwi tahunan ini antaranya, Austria, Brazil, Brunei, Estonia, Hong Kong, Poland, Filipina, Thailand, Belanda, dan Ukraine.

Pusat media LIMA’17 pula menyediakan lebih 30 buah laptop beserta kemudahan wifi untuk kemudahan petugas media, katanya lagi.

Afifi berkata, LIMA’17 mensasarkan 140 ribu pengunjung tempatan dan 40 ribu pelawat perdaganggan atau trade visitor teribat dalam acara ini.

129 media luar negara yang telah tiba antaranya ialah Europian Aviation Photography, Defence Review Asia & APDR, China Rescue & Salvage dan Monkeys Spotters Magazine.

Antara pelawat perdaganggan yang mengambil bahagian pada tahun ini ialah, Aerospace Maritime And Defence Foundation Of Australia (AMDA), Dassault Aviation dari Perancis, Almaz Central Marine Design Bureu, JSC dari Russia dan Brunswick Commercial And Government Products dari Amerika Syarikat.

 

-MRR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *