Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraJohor

Peruntukan RM500 Bagi Sekolah Yang Lawat Muzium Johor

By 22 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Tan Wei Lee (Johor Baru)

JOHOR BAHRU, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Peruntukkan khas sebanyak RM500 daripada kerajaan Negeri Johor akan diberikan kepada kepada 100 sekolah rendah dan sekolah menengah yang berkunjung ke muzium-muzium di bawah pentadbiran Yayasan Warisan Johor pada tahun ini.

Menurut seorang guru yang ingin dikenali sebagai Halim, 51, berkata, program ini adalah salah satu usaha Yayasan Warisan Negeri Johor bagi menarik perhatian pelajar-pelajar untuk datang ke muzium.

“Peruntukkan khas yang diberikan adalah sebagai ‘habuan’ yang dapat diberikan kepada pelajar menyertai program tersebut,” kata Halim yang sudah dua tahun berturut-turut membawa pelajar-pelajar dari Kota Tinggi untuk melawat muzium di Johor Bahru.

Seorang lagi orang awam yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Ngo Tian Guan, berkata muzium adalah amat penting bagi tujuan pendidikan anak-anak mahupun dewasa.

Tian Guan yang berusia 38 tahun sering membawa anak-anaknya ke muzium pada cuti sekolah setiap tahun.

Dalam pada itu, Pengarah Yayasan Warisan Johor, Mohd Shahrin Hj. Rahmat, memberitahu bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan memilih sekolah secara giliran supaya lebih ramai pelajar berpeluang melawat ke muzium di Johor.

Tambahnya, Yayasan Warisan Johor juga sedang bekerjsama dengan Tourism Johor bagi menarik perhatian para pelancong yang melawat ke Johor.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan & Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan berkata, selain memberi peluang kepada pelajar untuk melawat muzium, kepentingan belajar daripada sejarah bagi mengelak ulangi kesilapan lama turut ditekankan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jom Melawat Muzium 2017, di sini semalam.

Antara muzium di bawah pentadbiran Yayasan Warisan Johor ialah Muzium Tokoh Johor, Galeri Dato Onn, Mini Galeri Seni, Muzium Mersing, Galeri Menteri Besar Johor, Pusat Dokumentasi, Bengkel Tenun dan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar.

– AH

Tinggalkan komen anda