Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

LIMA’17 Medan Komunikasi Antarabangsa

By 23 Mac 2017Mac 25th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan dan foto oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

LANGKAWI, 23 Mac (Malaysiaktif) – Memasuki hari ketiga penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim (LIMA) di sini, generasi muda yang terlibat sebagai sukarelawan dilihat bukan sahaja mendapat pengalaman terlibat dalam program antarabangsa, malahan dapat memantapkan kemahiran komunikasi masing-masing.

Pameran Maritim yang berlangsung di RWL.

Pameran Maritim yang berlangsung di RWL.

Koordinator LIMA’17, Hani Hanissa Hanif, 21, pelajar tahun dua Universiti Multimedia, dan Jannatul Izzati Berhanudin, 22, pelajar Universiti Tun Hussein Onn menyifatkan penyertaan mereka sebagai sukarelawan pada kali ini membuka peluang untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar.

“Menerusi LIMA kali ini, kami banyak bertemu dengan delegasi dari luar negara. Peluang untuk bekerja dengan delegasi Filipina dan pegawai elit semalam membuatkan kami perlu bersedia dengan info berkaitan lokasi, agensi, kapal maritim dan sebagainya.

Hani semasa ditemu bual pagi tadi di RWL

Hani semasa ditemu bual pagi tadi di RWL

“Memang susah untuk bercakap tentang terma-terma perkapalan namun kami cuba sedaya mungkin dan ini sekali gus menambah keyakinan kami untuk berkomunikasi dengan mereka,” jelas mereka yang ditemui di Resorts World Langkawi (RWL) pagi ini.

Bertugas sebagai koordinator di Pameran Maritim juga membuatkan Hana dan Janna juga didedahkan dengan cara bekerja pihak tentera laut yang penuh disiplin.

“Seramai 10 orang ditugaskan untuk melaksanakan program khas di sini namun hanya tiga yang ditugaskan di RWL. Kami perlu pastikan perjalanan majlis lancar, barang-barang cukup dan susunan elok malah tentatif juga perlu dihafal.

“Kami diberi peluang untuk bekerja secara kumpulan bukan sahaja dengan delegasi luar negara malah pihak tentera laut sendiri.  Semalam misalnya ada program bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, memang keadaan agak kecoh sebab banyak perkara perlu diuruskan. Bekerja pula dengan tentera laut, semua kena dilakukan dengan terperinci, sempurna. Banyak kali raptai dibuat.

Itali turut menyertai Pameran Maritim kali ini

Kementerian Pertahanan Itali turut menyertai Pameran Maritim kali ini

“Peluang bekerja dengan mereka ini, bagi kami peluang yang tak dapat kami peroleh sewaktu menganjurkan program di universiti. Bayangkan ketika ini ramai yang sedang berada di rumah, ada yang di asrama, tetapi kami memilih untuk berada di sini. Banyak yang kami peroleh,” ujar Janna.

Menyentuh penyertaan berkenaan program sukarelawan ini, Janna yang kali pertama melibatkan diri dalam program kesukarelawan antarabangsa menyebut banyak info dikongsi menerusi media sosial.

Janna menggunakan sosial media untuk mendapatkan maklumat berkaitan program.

Janna menggunakan sosial media untuk mendapatkan maklumat berkaitan program.

“Maklumat berkaitan program sukarelawan saya banyak dapat tahu daripada kawan-kawan menerusi sosial media seperti Twitter, Instagram dan Facebook. Kami kumpulakan kawan-kawan yang sekepala dan mendaftar beramai-beramai.

“Pensyarah pun ramai yang sokong walaupun kelas sedang berlangsung, sebab meraka tahu ini program antarabangsa. Surat pelepasan juga diberikan oleh pihak penganjur,” jelasnya lagi.

 

Tambah Hani, seramai 70 pelajar MMU menyertai program LIMA kali ini.

“Senior kami ramai yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Jadi jika ada apa-apa program, pasti mereka akan maklumkan. Lebih-lebih lagi, program antarabangsa seperti ini memang kami tak sabar nak sertai. Kebetulan pula memang musim cuti semester,” ujarnya.

Sementara itu, bagi pelajar Penyelenggaraan Pesawat Politeknik Banting, Jegathesan Pathmanathan, 20, pameran LIMA ini membuka peluang kepadanya untuk melihat produk Maritim tempatan dan antarabangsa.

Bagi Jegathesan, LIMA menunjukkan kerjasama erat Malaysia dan pihak antarabangsa dalam industri maritim dan aeroangkasa.

Bagi Jegathesan, LIMA menunjukkan kerjasama erat Malaysia dengan pihak antarabangsa dalam industri maritim dan aeroangkasa.

“Di pameran ini saya lihat bukan saya produk Maritim tempatan sahaja yang dipamerkan bahkan banyak juga produk luar negara yang dikongsi dari segi pengeluaran, servis dan projek yang dilihat dapat memajukan pertahanan negara.

“Di sini juga jelas menunjukkan Malaysia mempunyai kerjasama erat dengan negara-negara maju yang lain dalam industri aeroangkasa dan maritim di Malaysia.

Edisi LIMA ke-14 yang akan berlangsung sehingga Sabtu ini disertai oleh 550 pempamer daripada 38 buah negara termasuk Itali, Perancis dan Korea Selatan.

-SF

Tinggalkan komen anda