Skip to main content
Home

RO-RO Memudahkan Pelawat Ke Langkawi

By 24 Mac 2017April 1st, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

LANGKAWI, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Hari ini bermula dengan rasminya Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’17) untuk orang awam. Sebanyak 36 buah negara mengambil bahagian dalam acara ini, termasuk 10 buah negara yang menyertai buat kali pertama. Antara acara pada peringkat ini termasuk persidangan, seminar serta acara sampingan seperti Program Kerjaya Aeroangkasa bersama LIMA’17 dan LIMA’17 Golf Classics. Walaupun terdapat lebih ramai pempamer dan acara kali ini, masih kedengaran keluhan daripada pengusaha kereta sewa bahawa LIMA’17 agak suram berbanding acara sebelum ini.

667ead5b-79b7-4153-a388-1f25e4f8771f

Orang ramai beratur untuk menaiki feri ke Langkawi dari jeti Kuala Perlis.

Pengusaha kereta sewa Wan Jaafar Wan Din, 43 berkata, permintaan terhadap kereta sewa menurun pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jika sebelum ini kereta tidak mencukupi, tetapi pada tahun ini, kereta tidak habis. Bagaimana pun, EXCO Kerajaan negeri Kedah, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah berkata hal ini terjadi bukan kerana LIMA’17 lebih suram. Beliau berkata keadaan sebenarnya bertentangan dengan apa yang didakwa kerana penginapan yang semakin banyak di pulau habis ditempah. Selain itu, Mohd Tajudin berkata penyediaan perkhidmatan feri RO-RO yang membawa kenderaan bersama penumpang turut menyumbang kepada keadaan. 20170320_074133_HDR Beliau berkata pelancong, termasuk rakan-rakan beliau pun lebih selesa menggunakan kereta sendiri dengan adanya perkhidmatan RO-RO ini. Seorang pelancong dari Petaling Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Hafisham, 29, berkata lebih menjimatkan menggunakan RO-RO berbanding menyewa kereta, terutama jika tinggal lama di Langkawi. Pegawai Jabatan Laut Kuala Perlis, Anuar Mohd Ariffin, berkata terdapat dua buah syarikat perkhidmatan RO-RO yang beroperasi dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Perkhidmatan ini hanya disediakan melalui jeti Kuala Perlis. Perkhidmatan feri RO-RO yang dikendalikan oleh dua buah syarikat ini hanya beroperasi sekali sehari pada hari-hari biasa, tetapi ditambah sempena LIMA ’17. Mereka juga dibenarkan beroperasi sekiranya terdapat tempahan khas daripada mana-mana pihak, seperti tentera, pempamer dan sebagainya. Menurutnya lagi, catatan jumlah trafik penumpang feri dari Kuala Perlis semalam tidak termasuk RO-RO melebih 12 ribu orang, berbanding empat ribu orang pada waktu biasa hujung minggu. Sebuah RO-RO yang boleh membawa 80 buah kenderaan termasuk bas pelancong beroperasi enam kali untuk semalam.

-AAS

Tinggalkan komen anda