Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKedahPutrajaya

‘Starwheelers’ Inovasi Bantuan Kecemasan LIMA2017

By 25 Mac 2017Mac 28th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh : Muhammad Shahir Mustafar (Putrajaya)

LANGKAWI, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Amalan inovasi bukan sahaja dapat dilihat pada produk Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA2017) tetapi juga melalui perkhidmatan sokongan yang disediakan pada program dwi tahunan itu.

Menarik tahun ini, Klinik Perubatan LIMA2017 memperkenalkan ‘Starwheelers’, pasukan bantuan kecemasan menggunakan basikal yang akan memberikan rawatan awal kepada pengunjung dan pempamer yang menyertai di LIMA2017.

Menurut Pakar Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah, Dr. Yuen Chin Leong, ‘Starwheelers’ merupakan pasukan bantuan kecemasan menggunakan basikal pertama di negeri Kedah dan Malaysia.

WhatsApp Image 2017-03-25 at 2.20.32 PM

Pakar Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah, Dr. Yuen Chin Leong (kanan) bersama Penolong Pegawai Perubatan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah, Mohd Firdaus Izham Mokhtar (kiri) menunjukkan basikal yang digunakan oleh pasukan ‘Starwheelers’ di LIMA2017

“Pasukan ‘Starwheelers’ merupakan pasukan yang unik dan menjadi kebangaan kepada Hospital Sultanah Bahiyah di mana ia merupakan johan pertandingan inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2016.

“Justeru, sempena LIMA2017 kami bawakan pasukan ini khas untuk menjadi pasukan hadapan dalam memberikan rawatan sebelum pesakit sebelum di bawa ke Klinik Perubatan LIMA2017 untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata Dr. Yuen.

Bagi Penolong Pegawai Perubatan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah, Mohd Firdaus Izham Mokhtar, ‘Starwheelers’ dilengkapi dengan peralatan asas khususnya set mencuci luka dan alat memberhentikan pendarahan yang tidak serius.

WhatsApp Image 2017-03-25 at 2.20.32 PM (2)

Antara kelengkapan bantuan kecemasan yang disediakan pasukan ‘Starwheelers’ semasa membuat rondaan sepanjang penganjuran LIMA2017

“Kami juga ada menyediakan ubatan ringkas seperti ubat sakit kepala ‘panadol’ serta bekalan air minuman bagi peserta yang mengalami gejala strok haba atau terdedah kepada pancaran matahari terlalu lama,” jelas Mohd Firdaus Izham.

Sepanjang penganjuran LIMA 2017, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah menyediakan enam set ‘Starwheelers’ dan akan dikendalikan oleh enam jururawat terlatih dan pembantu pegawai perubatan.

WhatsApp Image 2017-03-25 at 2.21.15 PM

Pakar Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah, Dr. Yuen Chin Leong (tiga dari kanan) bersama Penolong Pegawai Perubatan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah, Mohd Firdaus Izham Mokhtar (dua dari kiri) menerangkan fungsi basikal yang digunakan oleh ahli pasukan ‘Starswheelers’ kepada wartawan Malaysiaaktif.

“Setiap petugas ‘Starwheelers’ akan membuat rondaan mengikut shif di mana setiap shif meliputi tiga jam dan tiga ‘check point’ pemantauan di sekeliling pameran sebelum digantikan oleh kumpulan seterusnya,” tambah Mohd Firdaus Izham lagi.

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda