Skip to main content
Berita TengahHomeKedahPutrajayaWilayah Persekutuan

MPL Puji Sikap Sivik Pengunjung LIMA2017

By 26 Mac 2017Mac 27th, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto oleh : Muhammad Shahir Mustafar (Putrajaya)

LANGKAWI, 26 Mac (Malaysiaaktif) – “Bila tiba musim cuti sekolah dan adanya penganjuran program besar di pulau ini, pihak kami akan berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dalam usaha menjamin keselesaan pengunjung dan kebajikan pulau ini.”

Demikian kongsi Pembantu Kewangan, Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Juwaidi Jasni berkenaan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan pulau langenda itu sempena penganjuran pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA2017).

“Tidak seperti musim cuti sekolah sebelum ini, kali ini kami menjangkakan pengunjung yang lebih ramai kerana penganjuran LIMA2017. Justeru, isu kebersihan pantai dan keselesaan kawasan tumpuan di Langkawi ini akan diberikan perhatian,” jelas Juwaidi.

WhatsApp Image 2017-03-25 at 8.18.39 PM

MPL perlu sentiasa memastikan kebersihan dan keselesaan pulau Langkawi untuk semua pengunjung. – Pembantu Kewangan, Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Juwaidi Jasni

Tambahnya, melalui pemantauan selama seminggu penganjuran LIMA2017 dengan pembukaan secara rasmi kepada orang ramai pada 24 Mac 2017, MPL berpuas hari dengan keadaan kebersihan dan ketenteraman awam di pulau itu.

“Kesedaran sivik dan sifat sayangkan pulau ini oleh pengunjung dan pelancong memastikan Langkawi sentiasa bersih dan selesa untuk semua. Namun kami akan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka,” tambahnya lagi.

Menurut Pekerja Awam, Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Salim Ariffin, jika ada kawasan yang kotor dan tidak selesa selalunya hanyalah di beberapa tempat di sepanjang pantai Chenang kerana proses pembinaan dan naik taraf hotel yang sedang giat dijalankan.

WhatsApp Image 2017-03-25 at 8.18.38 PM

“Kepada semua pengunjung dan pelancong untuk sentiasa menggunakan tong sampah yang disediakan, letak kereta di kawasan yang dibenarkan dan jangan merosakkan landskap yang disediakan oleh MPL.” – Pekerja Awam, Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Salim Ariffin

“Untuk itu, MPL telah melantik Enviroment Idaman Sdn. Bhd yang menguruskan kutipan sisa pepejal, kebersihan awam dan perkhidmatan kitar semula Langkawi. Kami juga menempatkan sebuah van bergerak bagi memudahkan orang ramai untuk membayar parkir, membuat aduan dan membayar kompaun pelbagai kesalahan di bawah seliaan MPL,” kata Salim.

WhatsApp Image 2017-03-25 at 9.30.46 PM

Van bergerak yang membolehkan orang ramai mendapatkan pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa temapatan daripada Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) yang beroperasi di Pantai Chenang.

Salim turut berpesan kepada semua pengunjung dan pelancong untuk sentiasa menggunakan tong sampah yang disediakan, letak kereta di kawasan yang dibenarkan dan jangan merosakkan landskap yang disediakan oleh MPL.

“Jika kita semua tahu bagaimana bertimbang rasa dan menghormati tempat yang kita kunjungi, kita akan mampu untuk mewujudkan persekitaran yang selesa agar percutian dapat dinikmati sepenuhnya,” ujarnya lagi.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda