Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Masjid Bandar Kuching Siap Mac 2018

By 27 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Mohd Baharruddin Mohamad/ Jurufoto: Razali Ihi (Sarawak)

KUCHING, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Masjid Bandar Kuching atau lebih dikenali sebagai Masjid India kini sedang rancak dalam pembinaannya dan penduduk bandar raya Kuching yang beragama Islam berpeluang untuk menunaikan solat di Masjid ini tidak lama lagi.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha, lawatan bertujuan untuk meninjau kerancakan pembinaan yang sudah siap dilakukan oleh kontraktor selain mendapatkan perkembangan pembinaan masjid agar dapat dikongsi bersama masyarakat setempat.

“Di Sarawak pun ada juga masjid terapung dalam sungai seperti di Sabah dan Terengganu  sebagai tarikan pelancong. Masjid ini dibina semula dengan reka bentuk unik dan pemandangan indah di atas air di Tebingan Kuching.

“Masjid ini bukan saja menjadi tempat ibadat, malah akan terus dijadikan medan untuk mengembangkan ilmu agama melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

Masjid Bandar Kuching sedang dibina

Masjid Bandar Kuching sedang dibina

Pembinaan semula Masjid Bandar Kuching, Jalan Gambier sudah dipelankan dengan sebahagian tapak bangunan masjid terletak di atas tanah tebingan dan sebahagian lagi di dalam air sungai supaya nampak cantik,” jelasnya lagi.

Masjid Bandar Kuching atau asalnya Masjid Tambi ialah masjid tertua di Sarawak yang dibina pada 1834 merupakan tempat ibadat masyarakat tempatan sejak lebih 176 tahun.

“Masjid Bandar Kuching yang baharu itu nanti mampu menampung sejumlah 1,600 jemaah pada satu-satu masa. Bangunan masjid yang dibina pada 1834 itu sebahagiannya akan digunakan sebagai madrasah dan selebihnya akan dicantikkan untuk menjadi pusat perniagaan.

“Pembinaan masjid baharu adalah lebih baik berbanding melakukan kerja membaik pulih secara kerap ke atas bangunan masjid sedia ada dan perancangan Bandar Kuching pada masa akan datang menampakkan banyak perubahan dari segi pembanguan yang lama dan yang baru,” katanya selepas lawatan ke tapak, di sini pada Khamis.

Perbincangan yang berlangsung semasa lawatan tapak

Perbincangan yang berlangsung semasa lawatan tapak

Sementara itu, Setiausaha Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching, Abdul Wahab Daud, setakat ini pembelanjaan pembinaan projek masjid ini sudah menelan belanja RM14 juta yang diterima daripada duit sewaan kedai, Baitumal, kerajaan negeri dan derma orang awam untuk membina rangka dan bangunan namun setakat ini memang belum mencukupi.

“Pembelanjaan ini belum termasuk kos membeli peralatan seperti permaidani, potongan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), hiasan dalaman, dan ukiran. Kemungkinan akan memerlukan beberapa juta lagi untuk menampung kosnya,”

“Setakat ini, pembinaan masjid setakat mencapai 32 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2018. Pelan reka bentuk telah dilakukan oleh Konsultan SOM (Sim Odta Muhammad) dan mula dibuat pada Mei 2016,” jelasnya semasa ditemui Malaysia Aktif.

Pihaknya juga sedang dalam perancangan untuk meminta peruntukan daripada kerajaan negeri dan persekutuan kerana setakat ini pihaknya hanya menerima sumbangan daripada individu dan badan korporat.

-SF

Tinggalkan komen anda