Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Ekspo Pendidikan Tinggi Taiwan Gamit 2000 Pengunjung

By 30 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 2,000 pengunjung rata-rata pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membanjiri Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, di sini, sempena Ekspo Pengajian Pendidikan Tinggi Taiwan yang berlangsung siang tadi.

Pengunjung mendapatkan maklumat secara tepat dan sahih daripada wakil pempamer

Pengunjung mendapatkan maklumat secara tepat dan sahih daripada wakil pempamer

Sebanyak 44 buah universiti terkemuka dari Taiwan mengambil bahagian dengan mempromosikan pelbagai bidang pengajian kepada pengunjung dalam ekspo pendidikan kerjasama Kementerian Pendidikan dengan Persatuan Pendidikan dan Kebudayaan Taiwan, Malaysia serta Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kota Bharu ini.

Antara universiti yang terlibat National Yunlin University Of Science & Technology, Yuanze University, Chingkuo Institute Of Management and Health, dan China Medical University.

Manakala bidang pengkhususan yang ditawarkan pula antaranya meliputi Kejuteraan Sains dan Teknologi, Keusahawanan, Sains Komputer, Kejuruteraan Elektrik, Seni Reka, Sains Akupuntur, Perubatan Cina, dan pelbagai lagi kursus ditawarkan.

Menurut Lee Kai Sing, 17, pelajar dari Sekolah Menengah Hamzah Machang, ekspo ini banyak memberi ruang, pendedahan serta penjelasan dengan lebih jelas bagaimana pelajar boleh meneruskan pengajian di sana nanti.

Jamilah (dari kiri) menyifatkan ekspo ini membuka peluang pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara

Jamilah (dari kiri) menyifatkan ekspo ini membuka peluang pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara

Manakala, menurut salah seorang pengunjung, Jamilah Ahmad, 50, ekspo ini sebenarnya bukan sahaja memberi ruang dan peluang kepada para pelajar malah ianya juga terbuka kepada semua lapisan masyarakat serta orang awam yang berkelayakan untuk turut serta memohon mengikuti jurusan yang ditawarkan.

“Pastinya apabila tamat sahaja pengajian nanti, para graduan ini pastinya boleh menyumbang pelbagai ilmu serta kepakaran yang mereka pelajari untuk rakyat dan Malaysia khususnya, sebagaimana saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa sesi Townhall TN50 di Universiti Malaysia Kelantan baharu- baharu ini,” ujarnya.

Sementara itu Pegawai Penyelaras Ekspo, Tan Eng Kiat, 44, berkata melalui ekspo sebegini, pastinya dapat memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih, maka dengan cara sebegini pastinya pemilihan mereka lebih tepat serta mengelak daripada tersalah pilih kursus kelak.

 

-SH

Tinggalkan komen anda