Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya Siap Ikut Jadual

By 31 Mac 2017April 2nd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh Elyas Hisyam / Foto : Mazlina Aziz

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Malaysiaaktif) – “Kemajuan pembinaan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) buat masa kini telah capai 5.3 peratus. Justeru, kami yakin laluan ini akan siap dan beroperasi sepenuhnya seperti mana dijadualkan pada tahun 2022.”

Demikian menurut Pengarah Projek Mass Rapid Transit Corporation (MRT) bagi laluan SSP, Datuk Amiruddin Ma’aris dalam satu taklimat ringkas bersama media di Stesen MRT Kepong Baru di sini, hari ini.

“Setakat ini, pembinaan laluan ini berjalan seperti dirancang. Kerja-kerja pembinaan telah bermula bagi kedua-dua jajaran bertingkat Utara dan Selatan, jajaran bahagian bawah tanah dan depoh,” jelas Amiruddin.

WhatsApp Image 2017-03-31 at 3.28.18 PM

Pengarah Projek Mass Rapid Transit Corporation (MRT) bagi laluan SSP, Datuk Amiruddin Ma’aris memberi taklimat kepada media berkenaan kemajuan pembinaan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, SSP

Tambahnya, untuk proses keseluruhan pembinaan bawah tanah, kerja-kerja turut berjalan dengan lancar dengan kemajuan sebanyak 6 peratus. Ini memberikan gambaran jelas bahawa projek ini mencapai kemajuan yang baik.

“Antara kerja-kerja yang sedang dijalankan adalah penempatan utiliti, ekskavasi kotak stesen dan syaf, pembaikpulihan mesin pengorek terowong dan pembuatan mesin pengorek terowong yang baru,” katanya lagi.

12 mesin pengorek terowong akan digunakan untuk mengorek bahagian bawah tanah Laluan SSP. Lapan daripada mesin tersebut adalah mesin yang digunakan bagi laluan Sungai Buloh-Kajang dan sedang dibaiki, manakala empat mesin lagi adalah mesin pengorek yang baharu.

Dengan kemajuan yang telah dicapai setakat ini, Amiruddin begitu positif bahawa Fasa Pertama pembinaan MRT Laluan SSP antara Kawasan Damansara ke Stesen MRT Kampung Batu akan mula beroperasi pada Julai 2021.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda