Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Mybest Buy, Tawar Produk Tani Segar Dan Berkualiti

By 31 Mac 2017April 2nd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh : Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 31 Mac (Malaysiaaktif) – “Saya sentiasa menantikan jualan Mybest Buy setiap bulan kerana hasil pertanian yang dijual adalah segar dan berkualiti kerana ia adalah di bawah pengawasan FAMA.”

Demikian kata seorang pengunjung MyBest Buy, Faziah Ahmad yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA ), Bandar Baru Selayang di sini, hari ini.

Beliau yang tinggal di Selayang memaklumkan tidak pernah ketinggalan untuk berkunjung ke jualan produk pertanian ini setiap bulan bagi mendapatkan jualan hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

WhatsApp Image 2017-03-31 at 3.48.08 PM

Saya sentiasa menantikan jualan MyBest Buy kerana hasil pertanian yang dijual berkualiti dan segar – Fauziah Ahmad

Seorang lagi pengunjung, Ahmad Sophian Ali, turut bersetuju dengan Fauziah kerana program anjuran FAMA itu memberi peluang kepada pengguna dan rakyat untuk mendapatkan hasil pertanian yang segar dengan harga yang lebih murah daripada pasaran.

“Hasil pertanian yang berkualiti di bawa terus dari ladang sangat dinantikan penduduk di sekitar Selayang atau di Lembah Kelang dan berharap ia diteruskan malah diadakan lebih kerap seperti dua kali sebulan untuk memberi membantu pengguna menjimatkan kos mereka,” katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak memaklumkan Program MyBest Buy anjuran pihaknya untuk menawarkan hasil pertanian dan industri asas tani yang dijamin berkualiti, segar dan harganya murah hampir 15 peratus berbanding pasaran.

WhatsApp Image 2017-03-31 at 3.47.47 PM

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak mencuba demontrasi membuat ‘Nangka Crepe’ selepas melancarkan Program MyBest Buy di Perkarangan Ibu Pejabat FAMA pagi tadi.

“Produk pertanian ini di bawa terus dari ladang tanpa melibatkan orang tengah menyebabkan harga yang ditawarkan lebih rendah, di samping kualiti dan kesegaran yang dijamin FAMA,” ujar beliau.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda