Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

MIHAS 2017, ‘Lubuk’ Industri Halal Global

By 5 April 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan  oleh Mohamad Shahfuri Saidan / Foto: Syarifah Hazwani Syed Mahusin

KUALA LUMPUR, 5 April (Malaysiaaktif) – “Pameran seperti ini sangat bagus dan ia perlu terus dianjurkan kerana produk makanan yang di jual di sini djamin halal dan tiada keraguan berbanding produk yang dijual di luar.”

Demikian kongsi seorang pengunjung, Nurul Najwa Zolkflee, 27, yang menghadiri Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2017 yang membuka tirainya hari ini dan akan berlangsung sehingga 8 April 2017 di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Terdapat pelbagai jenis produk yang dapat kita lihat dan beli di sini, bagaimanapun  untuk keselesaan dan kemudahan pengunjung pada masa akan datang, saya sarankan pameran dibuat pada satu aras yang sama sahaja,” katanya lagi.

WhatsApp Image 2017-04-05 at 8.39.54 PM

Penganjuran MIHAS patut diteruskan pada masa akan datang agar pengguna mempunyai pilihan ke atas produk halal – Pengunjung MIHAS 2017, Nurul Najwa Zolkflee

Bagi Kamariah Saiman, 51, yang datang secara rombongan dari Parit Sulong, Johor, beliau sangat berpuas hati dengan kepelbagaian produk halal yang dipamerkan di MIHAS 2017 yang tidak hanya meliputi produk makanan.

“Saya rasa sangat berbaloi datang dari jauh untuk sama-sama mengunjungi pameran ini. Kita buka sahaja boleh saksikan pameran produk halal tempatan tetapi juga diperkenalkan dengan jenama antarabangsa yang tidak terdapat di Malaysia,” jelas Kamariah.

WhatsApp Image 2017-04-05 at 8.40.43 PM

MIHAS 2017 bukan sahaja platform mempamer produk halal tempatan tetapi juga produk halal antarabangsa – Pengunjung MIHAS 2017, Kamariah Saiman

MIHAS 2017 disertai kira-kira 500 pempamer dari 35 buah negara yang terlibat dalam penghasilan produk, perkhidmatan dan industri halal dengan sasaran pertumbuhan jualan sehingga lapan peratus daripada RM1.14 bilion yang diraih tahun lalu.

Turut dilancarkan sempena penganjuran MIHAS 2017 ialah Festival Makanan Malaysia 2017 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 28 September hingga 1 Oktober 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, MAEPS, Serdang.

Menurut Menteri  Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, festival itu merupakan salah satu acara dalam sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK 2017).

WhatsApp Image 2017-04-05 at 8.39.27 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek melancarkan Festival Makanan Malaysia 2017 bersempena penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, MIHAS 2017 di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur, KLCC

“Ekspo ini mengetengahkan kepelbagaian produk makanan dari seluruh negara di samping memberi penghargaan kepada usaha dan inovasi seluruh komuniti di sebalik industri makanan Malaysia.

“Usahawan perlu mengambil peluang keemasan ini untuk melabur dalam masa depan industri makanan negara yang dijangka terus berkembang pesat pada masa akan datang. Inilah peluang untuk mempromosikan produk anda ke peringkat lebih tinggi,” ujar Ahmad Shabery lagi.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda