Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Pengurusan Sumber Air Negara Ditambah Baik

By 10 April 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh Siti Suhaila Batun / Foto:  Edawati Sulaiman @ Hod

KUALA LUMPUR, 10 April (Malaysiaaktif) – Sekumpulan pakar dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menyertai projek Pembangunan dan Aplikasi Sistem Operasi Ramalan dan Pemetaan Banjir Bandar (OSUFFIM) di Universiti Sun Yat Sen, Guangzhao, China.

Projek pembangunan ini bakal melibatkan perkongsian teknologi dan kepakaran dalam pengurusan bersepadu sumber air, pemuliharaan serta perlindungan sumber air, adaptasi kepada perubahan iklim, kawalan banjir dan pengurusan kemarau.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Malaysia mempunyai sumber air mencukupi bagi menampung kegunaan pelbagai sektor namun tidak mempunyai infrastruktur mapan untuk pengurusan sumber air secara bersepadu.

WhatsApp Image 2017-04-10 at 7.01.35 PM

MoU ini akan memastikan pembangunan sosio ekonomi yang mapan terutamanya dalam pengurusan serta penggunaan sumber air yang lestari bagi menghadapi kesan perubahan iklim – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah).

“Melalui penyertaan ini kita akan mengambil China sebagai model dalam pengurusan sumber air bagi kegunaan domestik, sektor perindustrian dan sektor pertanian,” jelas Wan Junaidi semasa Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman bersama Kementerian Sumber Air, China.

MoU ini di bawah Program Typhoon Committee “Development and Application” yang dibangunkan oleh Universiti Sun Yat Sen dan merupakan Jawatankuasa antara Kerajaan yang ditubuhkan pada 1968 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pertubuhan Meteorologi Asia.

WhatsApp Image 2017-04-10 at 7.01.04 PM

Sesi bergambar pegawai-pegawai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama wakil Kementerian Sumber Air, Republik Rakyat China.

Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mewakili Kerajaan Malaysia bersama TYT Chen Lei, Menteri Sumber Air mewakili Kerajaan China.

 

-MSM

Tinggalkan komen anda