Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

TN50 – Perkukuhkan Industri Pertanian Negara

By 15 April 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / foto oleh : Abdul Razak Zakaria / Mohamad Zairin Mohamad Zin

SERDANG, 15 April (Malaysiaaktif) – “Kita berpuas hati kerana banyak pandangan yang dapat kita terima daripada perbincangan tadi dan yang pentingnya semangat TN50 itu hidup, mekar berkembang dan ia mula bercambah di dalam pemikiran anak muda kita untuk memberikan pandangan mereka mengenai masa depan mereka dan inibadalah suatu perkara yang cukup hebat”, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selepas Program Chillax Agropreneur Muda TN50 bertempat di Dewan A, MAEPS Serdang semalam.

“Semua pendapat ini kita akan kumpulkan dan rumuskan balik kerana ada perkara yang bersifat program, ada yang bersifat pendidikan dan ada yang bersifat undang-undang yang perlu kita rumuskan sebagai dasar di masa akan datang” ujar Shabery lagi.

Menurut Pengarah Unit Agropreneur Muda MOA, Rezal Zaidi, program ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas generasi muda dalam prospek pertanian negara menjelang 2050.

Seramai 3500 peserta menyertai 'Chillax Agroprenur Muda TN50' - Rezal Zaidi

Seramai 3500 peserta menyertai ‘Chillax Agroprenur Muda TN50’ – Rezal Zaidi

“Kita namakan program ‘Chillax Agropreneur Muda TN50 di mana pada kali ini seramai 3500 orang yang menyertai program pada malam ini yang bertujuan untuk kita mendapatkan hasrat ataupun aspirasi anak muda dalam bidang pertanian.

“Kita akan melihat nanti untuk 2050 apa akan berlaku dari segi keselamatan makanan kita, pengeluaran makanan kita sama ada cukup atau tidak dengan pertambahan penduduk dan sebagainya”, kata Rezal.

Menuju TN50, teknologi merupakan aspek penting bagi meningkatkan produktiviti sesuatu produk.

Inilah yang diambil kira oleh Ramana K. Naidu, salah seorang peserta yang juga merupakan perunding pertanian.

Ramana berjaya mengoptimumkan tenaga kerja manusia menerusi program mekanisasi

Ramana berjaya mengoptimumkan tenaga kerja manusia menerusi program mekanisas

“Kami merupakan perintis projek jagung bijirin komersial pertama di dalam negara yang mampu mengurangkan import kerana kita menggunakan lebih banyak program mekanisasi berbanding tenaga manusia ataupun pekerja”.

“Dulunya saya tanam sayur 20 hingga 50 ekar, saya memerlukan lebih kurang 25 hingga 30 pekerja untuk mengutip hasil tetapi sekarang, saya tanam 100 hingga 200 ekar, saya hanya gunakan 3 hingga 4 orang sahaja untuk kawal seluruh ladang tersebut dengan menggunakan teknologi moden”, ujar Ramana lagi.

Kempen-kempen pertanian juga penting bagi menggalakkan golongan orang muda menceburi bidang tersebut.

Perkara inilah yang diterapkan oleh Muhammad Firhan Osman, salah seorang peserta program ini yang juga seorang usahawan.

“Seperti petani moden di Cameron Highlands, Johor Bahru dan sebagainya, kita lihat teknologi telah diketengahkan di peringkat tertinggi.

“Kami menggalakkan golongan muda menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan menuayqkan kempen ‘Proud To Be Farmer’ di mana petani merupakan satu bentuk kerjaya yang amat membanggakan dan boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa” jelas Firhan.

Program ini turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut mendengar aspirasi anak muda berkaitan hala tuju pertanian negara.

-SH

Tinggalkan komen anda