Penantian Separuh Abad Miliki Tanah Sendiri Tercapai

1 (3)

 

 Laporan / foto oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 18 April (Malaysiaaktif) – Penantian yang hampir mencecah separuh abad penduduk Felcra Gugusan Sri Wangi dan Kampung Jasa Wangi untuk memilik tanah sendiri, terlerai dengan keputusan kerajaan negeri yang meluluskan sebanyak 208 penerima, di sini semalam.

Menurut anak kepada penerima tanah, Shahruddin Mustaffa, 40, bapanya telah menunggu dalam tempoh 50 tahun untuk mendapatkan geran tanah jenis pertanian hak milik keluarganya.

“Saya merasa bangga dan gembira akhirnya penantian yang ditunggu selama ini membuahkan hasil,” katanya.

HJ JAAFAR NASIR

Penerima tanah, Jaafar Nasir, 66

Seorang lagi penerima tanah terpilih yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Jaafar Nasir, 66, turut berkongsi perasaan bersyukur dan gembira kerana penantiannya selama hampir 59 tahun sebagai generasi kedua itu membuahkan hasil apabila permohonannya diluluskan oleh kerajaan negeri.

Dalam Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah ini, seramai 168 penerima terpilih dari Felcra Gugusan Sri Wangi dan 40 penerima terpilih dari Kampung Jasa Wangi.

MAJLIS 3

Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin, berpesan kepada penerima-penerima tanah agar tidak menjual tanah yang diterima.

“Dengan penyerahan geran tanah ini, saya berharap penerima dapat menjaga dan mengusahakan tanah itu dengan sebaik mungkin, jangan bercadang untuk menjualnya walaupun nilai tanah semakin hari semakin tinggi kerana boleh ditingkatkan dengan industri pertanian” katanya.

Khaled berkata ekonomi Johor adalah bersifat global dan rakyat Johor perlu melakukan tiga perkara utama iaitu bersedia kehadapan untuk perubahan, perlu menyahut atau menerima inovasi dan bergerak secara bekerjasama.

Jelasnya, ketiga-tiga perkara ini perlu menjadi dasar sekiranya mahu menjadikan Johor sebagai negeri berkemajuan dan memiliki rakyat sejahtera.

MAJLIS 4

Pada majlis yang sama, Khaled turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM35 juta untuk projek-projek yang bakal dilaksanakan di kawasan Parlimen Sri Gading seperti kerja-kerja selenggara dan melebar jalan-jalan PBT, Projek Pusat Ole-Ole dan membina ‘downtown’ Pekan Pt. Raja.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi memberitahu bahawa Sri Gading bakal muncul sebagai satu pembangunan bandar yang besar khususnya Pekan Pt. Raja yang menjadi tumpuan usahawan-usahawan kecil seluruh Batu Pahat bagi mengembangkan ekonomi mereka.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

 

– AH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *