Skip to main content
Berita TimurKelantan

107 Mangsa Banjir Terima Rumah Kekal

By 24 April 2017Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan / Foto : Mohd Zulfadli Ab Hamid/Suhaimi Nik Wil (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, semalam menyempurnakan majlis penyerahan rumah kekal terus yang bernilai RM10 juta di Sungai Embak, disini.

Menurut Mustapa, masalah utama yang berlaku dalam pembinaan rumah kepada mangsa banjir di Kuala Krai ini adalah dalam mendapatkan tanah sebagai tapak pembinaan.

Mustapa (empat daripada kanan) ketika memeriksa tapak penyerahan rumah kekal terus di Sungai Embak, semalam

Mustapa (empat daripada kanan) ketika memeriksa tapak penyerahan rumah kekal terus di Sungai Embak, semalam

“Ini menyebabkan pembinaan rumah lambat dibina dan disiapkan. Namun begitu, permasalahan ini dapat diselesaikan daripada semasa ke semasa,” jelasnya lagi.

Beliau juga berharap rakyat Kelantan khususnya di Kuala Krai sentiasa bersyukur dan terus menyokong kerajaan kerana Kerajaan Persekutuan sentiasa membantu demi kesejahteraan rakyat.

“Pelbagai bentuk bantuan telah dilakukan oleh kerajaan termasuk membina sebuah hospital baru Kuala Krai, Jambatan Pemberian, dan sebagainya.

Pembinaan rumah kekal banjir ini bukan sahaja dibina di Sungai Embak malah dibanyak tempat di seluruh negeri Kelantan dengan menelan belanja berbilion ringgit.

Pelbagai kelengkapan rumah seperti perabot dan katil turut disediakan

Pelbagai kelengkapan rumah seperti perabot dan katil turut disediakan

Menurut salah seorang penerima rumah kekal ini yang mahu dikenali sebagai Hassan, 62 tahun, menyifatkan dirinya bertuah kerana rumah ini dilengkapi set perabot seperti katil, almari dan kabinet dapur seterusnya meringankan lagi beban penerima.

“Saya bersyukur dengan penyerahan rumah ini memandangkan tidak lama lagi bulan ramadhan hampir tiba seterusnya dapat berhari raya dirumah baharu,” jelasnya lagi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Abd Rahman, dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Rashid Harun.

 

-SH

Tinggalkan komen anda