Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Dulu Mengesot Kini Berkerusi Roda

By 24 April 2017Tiada komen2 minit bacaan
  Laporan / Foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Seorang warga emas, Hj. Abbas Awang, 91 tahun dari Kampung Gong Manak, Semerak, disini amat bersyukur dan terharu diatas keprihatinan kerajaan dengan sumbangan kerusi roda akibat sakit saraf dan lutut, yang menyebabkan dirinya tidak boleh berjalan serta berdiri lama

Terima kasih kepada yang menghulurkan bantuan - Hj. Abbas Awang

Dulu saya terpaksa mengesot untuk ke masjid, dengan adanya kerusi roda ini semoga saya semakin kerap beribadat – Hj. Abbas Awang

“Pakcik amat berterima kasih kepada kerajaan yang memberi kerusi roda dan ini akan dapat memudahkan pakcik untuk ke masjid,” ujarnya ketika ditemui.

Kebiasaannya, beliau ke masjid dengan ditemani anak atau menantu dan kini beliau boleh ke masjid bersendirian dengan berkerusi roda.

Menurut anak beliau, Haryati Haji Abbas, 50 tahun, sudah menjadi amalan ayahnya ke masjid setiap masuk waktu.

“Kadang-kadang beliau keseorangan ke masjid yang jaraknya hanya 30 meter dari rumah dengan cara mengesot perlahan-lahan,” jelas Haryati.

Apabila ditanya apakah amalan atau petua ayahnya kekal sihat, Haryati menjelaskan ayahnya tidak makan makanan berminyak dan berlemak, hanya makan ulam-ulaman serta makan ketika makanan masih panas.

Turut diraikan 50 keluarga miskin sempena Program Negaraku: Menghubung Menyatu Parlimen Pasir Puteh kali ini

Turut diraikan 50 keluarga miskin sempena Program Negaraku: Menghubung Menyatu Parlimen Pasir Puteh kali ini

Sebanyak 6 kerusi roda ini diberikan kepada warga emas yang uzur sempena Program Negaraku: Menghubung Menyatu Parlimen Pasir Puteh, di Sekolah Kebangsaan Gong Manak anjuran Kementerian Komunikasi Multimedia (KKMM).

Selain itu pembaikan kecil melibatkan 10 buah rumah turut dilakukan disamping penyerahan satu set peralatan memasak kepada madrasah berhampiran.

Turut diagihkan bekalan makanan kepada 50 keluarga miskin.

-SH

Tinggalkan komen anda