Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Tun Abdul Rahman Kekal Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

By 29 April 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Ā Laporan oleh: Mohd Shahrizan Shahabudin / Foto: Shamsul Bahari Abdul Shukor (George Town)

GEORGE TOWN, 29 April (Malaysiaaktif) – Tun Dr Abdul Rahman Abbas hari ini dilantik secara rasmi sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang untuk penggal ketujuh.

Upacara angkat sumpah ini telah disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop pada pukulĀ 4.40 petang tadi di Kediaman Rasmi Yang Dipertua Negeri, di sini.

WhatsApp Image 2017-04-29 at 9.55.53 PM (1)

Abdul Rahman, 79, mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada Mei 2001 menggantikan Tun Hamdan Sheikh Tahir.

Pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang selama enam penggal, Abdul Rahman akan memulakan penggal ketujuhnya bagi tempoh empat tahun mulai 1 Mei ini.

WhatsApp Image 2017-04-29 at 9.55.53 PM (2)

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, para pembesar negeri Pulau Pinang serta ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

– AH

Tinggalkan komen anda