Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Wala’ dan Taat Menggalakkan Budaya Politik Berasaskan Ilmu

By 2 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / Foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 02 Mei (Malaysiaaktif) – Pengamalan politik bernegara melalui pendekatan Wala’ dan Taat menekankan konsep kerjasama, tolenrasi, kesederhanaan, berdialog, perkongsian serta praktikal.

Berlandaskan enam perkara ini, Jabatan Perdana Menteri menerusi Institut Wasatiyyah Malaysia memilih tema Fiqh Wala’ dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara sempena Seminar Antarabangsa Wasatiyyah yang bermula hari ini hingga Khamis.

Dr. Abbas Syuman (dua daripada kanan) menjelaskan perpaduan merupakan asas dalam kesatuan matlamat.

Dr. Abbas Syuman (dua daripada kanan) menjelaskan perpaduan merupakan asas dalam kesatuan matlamat.

Menurut Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Datuk Mohd Yusof Din, kewajipan memberi wala’ kepada pimpinan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam menentukan masa depan sesebuah institusi.

“Sesebuah organisasi itu akan hancur akibat perpecahan jika ahlinya gagal menzahirkan wala’ dan taat kepada ketua, ataupun pemimpin.

“Kesetiaan merujuk kepada semangat berpasukan. Menjadi tuntutan agama, lebih-lebih lagi dalam budaya pandangan yang lebih bersandarkan kepada prinsip spekulasi dan andaian pada hari ini,” ujar Yusof ketika ditemui semasa sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), siang tadi.

Yusof menjelaskan, wala’ membawa maksud memberi pertolongan, perlindungan dan berkasih sayang.

“Terdapat tiga unsur utama yang terkandung dalam tindakan wala’ iaitu kasih sayang, tolong menolong dan persefahaman, manakala taat beerti mematuhi segala arahan selagi mana ianya tidak melanggar syarak,” ujarnya lagi.

Menurut Timbalan Syeikh Azhar Mesir, Prof. Dr. Abbas Syuman, perpaduan merupakan asas dalam kesatuan matlamat.

“Kesatuan matlamat perlu difikirkan agar kepentingan umat Islam dapat dipelihara. Umat Islam perlu peka terhadap perkara yang boleh merugikan musuh-musuh Islam agar agama ini lebih dihormati di mata dunia,” katanya.

Abbas turut menggesa agar negara-negara Islam yang lain dapat membantu dalam pelaburan negara-negara Islam yang miskin.

“Negara-negara Islam yang kaya seharusnya membantu dengan membuat pelaburan menerusi kerjasama ekonomi dengan mengutamakan negara-negara Islam demi kebaikkan umat Islam itu sendiri,” jelasnya lagi.

Seminar tahunan yang memasuki tahun keempat penganjuran bertujuan untuk mendidik masyarakat akan konsep Fiqh Wala’ dan Taat mengikut perspektif Islam serta menyebarluaskan kefahaman dalam kalangan masyarakat hari ini.

Antara ahli panel yang diundang sempena seminar kali ini, Timbalan Rektor Universiti Fatoni Thailand, Dr. Ahmad Umar Japakiya, Pengerusi DarulFatwa Australia, Dr. Sheikh Salim Alwan Al-Husainiyy dan Dekan Institut Dunia Melayu dan Peradaban Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba.

-SH

 

Tinggalkan komen anda