Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

15Ribu Banjiri Karnival Sukan dan Kebudayaan Lenggong

By 8 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh  : Muhammad Amizan Lokman

LENGGONG, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Kira-kira 15 ribu orang membanjiri  Karnival Sukan dan Kebudayaan Parlimen Lenggong yang diadakan di padang Majlis daerah Lenggong bermula 4 Mei dan berakhir semalam. Karnival tersebut melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Daerah Lenggong  dan merupakan penganjuran yang kali keempat.

Lebih 50 buah khemah disediakan oleh pihak penganjur untuk pameran dan jualan Industri Kecil Sederhana (IKS) sepanjang acara.

WhatsApp Image 2017-05-08 at 10.19.56

Seorang perserta, Aswad Rafaai, 32, berkata menariknya acara sukan yang diadakan ialah pemberian baju-T percuma untuk setiap acara sukan yang disertai dan ia dapat menjadi cenderahati kepada perserta. Selain itu, dengan menyertai acara sukan ini, silaturahim sesama warga Lenggong bertambah erat.

Bagi Tinie Azizan, 26, pihak penganjur perlu menarik lebih banyak penyertaan oleh pihak kerajaan. Ini kerana apabila banyak agensi kerajaan membuka gerai di karnival ini, maka lebih banyak perkhidmatan yang dapat diberikan kepada masyarakat setempat.

Seorang lagi perserta, Wan Shahrizal, 29, berpendapat karnival seperti ini patut dimasukkan dalam kalendar aktiviti tahunan Lenggong kerana ia dapat mengumpulkan semua lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan kedudukan.

Ahli Palimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah berkata, acara besar seperti ini dapat mempopularkan Lenggong sebagai Tapak Warisan dunia. Menariknya acara ini pada tahun ini ialah dari jumlah kehadiran yang jauh lebih ramai daripada tahun lalu dan acara yang diadakan juga semakin bertambah.

WhatsApp Image 2017-05-08 at 10.19.59

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dalam ucapan perasmiaan penutupnya berkata, program ini sesuai dengan matlamat dan aspirasi kementeriannya untuk memporpularkan aktiviti sukan bukan hanya untuk orang muda tetapi seluruh masyarakata.

Karnival yang  dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong ini menyediakan pelbagai acara sukan, antaranya Larian Lembah Lenggong, bola sepak, futsal, muay Thai, berbasikal dan  acara kebudayaan, seperti pertandingan Anak Kreatif, pertandingan Kompang, dan “Battle of the Bands”. Turut diadalan, acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik, termasuk kereta dan motorsikal.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda