‘Food Truck’ Cetus Dimensi Baharu Jualan Makanan di Pekan Donggongon

IMG_1039

 

Oleh: Edi Rizam / Foto: Petrick Benedict Chiam (Sabah)

PENAMPANG, 10 Mei (Malaysiaktif) – Dianggarkan seramai 300 pengunjung hadir memeriahkan pekan Donggongon di daerah Penampang berikutan tercetusnya fenomena baharu pasar malam berkonsepkan ‘Food Truck’ (trak makanan).

Pengalaman membeli makanan di pasar malam seperti dahulu yang dibeli melalui gerai – gerai makanan kini semuanya berubah dengan adanya fenomena baharu jualan makanan dan minuman dalam trak yang menjadi konsep terkini.

Sambutan luar jangka penduduk di daerah berkenaan benar-benar mengubah pekan berkenaan daripada sepi kepada meriah seperti sebuah pesta malam minggu.

Frederick Fong (kiri) bersama rakannya Edwin Masudal (kanan).

Frederick Fong (kiri) bersama rakannya Edwin Masudal (kanan).

Menurut pe niaga ‘Food Truck’ Edwin Masudal, 23, menyatakan dia terkejut dengan sambutan pengunjung yang membeli produk makanan sejuk beku yang dijual mereka yang habis dijual kurang dari tiga jam setelah operasi bermula pada 5.00 petang.

“Tidak sangka yang jualan kami boleh habis dalam masa tiga jam dan ini satu petanda positif untuk perniagaan kami,” ujarnya.

Edwin berpendapat perniagaan trak ini merupakan satu konsep baharu yang berpotensi untuk dikembangkan di daerah ini dan secara langsung menghidupkan kembali pekan berkenaan dari sunyi kepada suatu lokasi santai orang ramai yang inginkan kelainan untuk berjumpa.

“Secara tidak langsung dapat memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan anak-anak muda,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha trak makanan Frederick Fong, 29, turut berkata, pasar malam yang berkonsepkan jualan trak ini bukan sahaja dapat menghidupkan suasana malam di pekan ini malah dapat membantu orang yang penat bekerja seharian mencari juadah yang diinginkan.

Jelasnya, situasi ini secara tidak langsung menjadi tarikan baharu di daerah Penampang dan saya memuji usaha pejabat daerah dan majlis daerah dalam penganjuran pasar malam ini.

Daerah Penampang merupakan daerah pertama di negeri ini memperkenalkan konsep pasar malam menggunakan trak makanan yang menghimpunkan pengusaha trak makanan dengan penyertaan lebih 10 pengusaha trak makanan di daerah berkenaan.

Pengunjung beratur membeli barangan makanan di sebuah food truck.

Pengunjung beratur membeli barangan makanan.

Program yang digelar “Penampang Tourism Action Council (PATC)” ini yang dikelolakan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Daerah berkenaan bertujuan menghidupkan semula daerah berkenaan dengan memperkenalkan produk pelancongan baharu di daerah tersebut.

Pengunjung dan seorang penggemar makanan, Jessie Liew, 24, mengakui kunjungan ke pasar malam berkenaan bukan sekadar mahu merasai kepelbagaian makanan dan minuman yang ada di trak berkenaan malah ingin melihat sendiri suasana kemeriahan program tersebut bersama rakan-rakan.

Katanya, mulanya, saya seperti rambang mata untuk memilih makanan dan minuman yang dijual kerana semuanya nampak menyelerakan dan suasana sebegini jarang berlaku.

Bagi pengunjung Lojiun Ranggis, 49, berkata sepatutnya konsep pasar malam sebegini sudah lama diwujudkan kerana dapat memberikan pulangan kepada para peniaga dan menghidupkan kembali suasana malam di pekan terbabit.

Luvita melancarkan perasmian pasar malam pekan donggongon.

Luvita melancarkan perasmian Pasar Malam Pekan Donggongon.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun ketika merasmikan program berkenaan pada Ahad berkata, pelaksanaan konsep pasar malam ini sebagai mewujudkan suatu kaerah baharu menceriakan landskap Pekan Donggongon pada waktu malam.

“Ini kerana kita ingin memberi suatu identiti baharu kepada pekan ini di samping membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat dan sebagai satu tarikan kepada pengunjung luar daerah datang ke daerah ini.

Katanya lagi, pelaksanaan konsep pasar malam ‘food truck’ ini juga sebagai satu tarikan bersempena Tahun Melawat Penampang 2018,” Jelasnya.

Tambahnya, pasar malam ini turut menyediakan peluang kepada Gen-Y yang sedang tercari-cari platform untuk memulakan perniagaan menerusi konsep ‘Food Truck’ yang semakin popular di negara kita ini.

“Walaupun kita memilih pasar malam berkonsepkan ‘food truck’ tetapi kita masih mengekalkan jualan menerusi kaedah lama iaitu khemah sebagai kepelbagaian pilihan kepada orang ramai yang berkunjung di kawasan terbabit,” ujarnya

Jelasnya lagi, pasar malam ini ialah yang pertama seumpamanya di daerah ini dan beroperasi bermula seawal 5.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari di tapak letak kereta Pasar Am Donggongon.

SF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *