Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Pendidikan Silang Budaya Pupuk Perpaduan Kaum

By 12 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: M Zakry Chan (Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 12 Mei (Malaysiaaktif) – ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ peribahasa yang sering digunakan dalam masyarakat kita namun sejauh mana ia digunakan dalam mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia terutama generasi Y yang melihat perpaduan tidak lagi menjadi keutamaan, perkara ini amat membimbangkan.

Menurut Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong dari Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hubungan antara kaum di Malaysia terutama di semenanjung harus dipertingkatkan.

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

“Telah ada defisit kepercayaan antara kaum maka itu kita harus perbaikinya dengan mengenal cara hidup kepelbagaian kaum. Sebagai contoh yang pernah berlaku, apabila seorang berbangsa Cina ke rumah orang Melayu pada 7.30 malam, jika kita faham cara hidup orang Melayu Islam waktu tersebut adalah waktu Solat Maghrib, masyarakat Melayu Islam akan tutup pintu ketika itu dan berada dalam rumah untuk bersolat dan jika pada malam Jumaat mereka akan mengadakan majlis bacaan Yassin, perkara ini harus difahami oleh bangsa lain supaya tidak berlaku perselisihan faham.

“Selain itu, ketika sambutan Tahun Baru Cina, masyarakat Cina membakar mercun di ambang tahun baru. Perkara ini adalah sebahagian daripada upacara keagamaan maka itu bagi bangsa Melayu dan India mereka harus memahaminya, dengan kenal budaya bangsa lain kita dapat mengelakkan konflik antara kaum.

Pendidikan Silang Budaya 3

Pendidikan silang budaya salah satu cara terbaik elak konflik antara kaum.

“Saya bersetuju dan harus dipercepatkan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini untuk mewujudkan pendidikan silang budaya di sekolah,” jelasnya ketika menyampaikan ceramah ‘Bicara Patriotik’ bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal, pada Selasa.

Dalam pada itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Ganes Rethanam, 55, berkata pendekatan tolak ansur sesama kaum harus dipertingkatkan dan tidak menyentuh soal agama antara kaum.

Ganes Rethanam

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Ganes Rethanam.

“Menghormati semua agama yang membina insan yang mulia harus bermula dengan pemimipin-pemimpin negara. Saya menyokong saranan untuk memasukkan elemen pendidikan silang budaya di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan supaya generasi akan datang lebih memahami budaya kaum-kaum lain di Malaysia,” ujar Ganes.

Nor Muhammad Afiq Ismail

Nor Muhammad Afiq Ismail

Sementara itu, seorang penjawat awam, Nor Muhammad Afiq Ismail, 31, masyarakat kini amat kurang pendedahan dalam mengenal budaya kaum lain.

“Jika sebelum ini pendekatan kita di kampung-kampung saling kenal-mengenali sesama kaum namun dengan perubahan bentuk kehidupan di taman-taman perumahan telah menjarakkan hubungan tersebut, masyarakat kini lebih gemar hidup bersendirian dan kurang bergaul maka pendidikan silang budaya ini antara alternatif supaya memahami kebudayaan kaum lain,” kata Afiq.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda