Peningkatan Prestasi Kerjaya Melalui Pertubuhan Belia

pusatbelia2

 

 Laporan dan foto oleh : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Bangunan lama Pejabat Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) kini dikenali sebagai Pusat Kegiatan Belia Mukah, menjadi lokasi tumpuan para belia dalam melaksanakan pelbagai kegiatan seperti aktiviti sukan.

Menurut Ahli Parlimen Mukah juga merangkap penaung Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Toyad, Pertubuhan Belia di Parlimen Mukah yang ditubuhkan pada tahun 2011 telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan prestasi kerjaya melalui pembentukan pertubuhan belia.

“Pusat kegiatan belia ini juga turut menyediakan pusat senaman yang dinamakan Gimnasium Fort Burdett (GYM) untuk dijadikan tempat orang awam dan pelajar sekolah menjalankan aktiviti senaman.

Royston (kiri) menyampaikan cenderahati baju T kepada Datuk Seri Muhammad Leo Abdullah.

Royston (kiri) menyampaikan cenderahati baju T kepada Datuk Seri Muhammad Leo Abdullah.

“Gimnasium ini diberi nama Fort Burdett bersempena sebuah bangunan bersejarah yang pernah dijadikan kubu pertahanan pada tahun 1860,” ujarnya.

Muhammad Leo Toyad sebelum ini telah menyumbangkan peralatan bernilai RM50,000.00 untuk kemudahan Pusat Gimnasium Fort Burdett ini.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Royston Valentine, kewujudan pusat ini akan dapat memberi impak positif kepada pembangunan belia serta dapat memajukan belia di kawasan Mukah ini dalam pelbagai bidang.

“Kewujudan jawatankuasa pertubuhan belia seperti ini juga dapat memudahkan saluran bantuan daripada pihak-pihak yang berminat untuk menyumbang kepada pertubuhan belia demi kebaikan belia di kawasan Mukah ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu Pegawai Daerah Mukah, Safrie Saili menyambut baik kewujudan pusat kegiatan belia ini.

“Saya turut gembira kerana Mukah diberi kemudahan untuk para belia membuat kegiatan yang berfaedah di samping dapat memanfaatkan kemudahan gimnasium yang disediakan dengan sebaiknya sekaligus menjaga kesihatan diri secara sihat.

“Saya berharap golongan belia mengambil peluang dan menghargai kemudahan yang telah disediakan dan menjauhi diri daripada gejala sosial yang tidak sihat,” katanya lagi.

 

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...