Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Pendidikan: Pasport Masa Hadapan

By 15 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: Seri Ayu Wardiah Samsudin (Petaling) / Foto: Jaitripta Kaur (Shah Alam)

PETALING JAYA, 15 Mei (Malaysiaaktif) – “Kita bergerak daripada pendidikan berorientasikan peperiksaan untuk menghasilkan negara maju yang seimbang dan holistik.”

Demikian kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika majlis pembukaan rasmi St Joseph’s Institution International School Malaysia (Tropicana PJ Campus), di Jalan PJU 3/13, Tropicana, di sini, hari ini. 

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Pembelajaran bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi ia adalah satu perjalanan sepanjang hayat. Ini merupakan salah satu pengalaman pencapaian peribadi yang mendalam dari pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baru,” ujarnya.

Dalam ucapannya juga, Mahdzir turut mengucapkan tahniah kepada Tropicana Corporation Berhad atas kerjasama strategik dengan institusi St Joseph’s antarabangsa yang merupakan satu jenama yang ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan berkualiti dengan asas yang kukuh berdasarkan prinsip Lasallian di dalamnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tropicana Corporation Berhad, Datuk Yau Kok Seng, mereka mengaplikasikan metodologi yang menggalakkan dan membangunkan kapasiti pemikiran kritis dan kreatif yang membolehkan pelajar-pelajarnya maju dalam bidang Sains dan Seni.

Pegawai Eksekutif Kumpulan Tropicana Corporation Berhad, Datuk Yau Kok Seng menyampaikan ucapan aluan.

“Kami memilih tenaga pengajar yang terbaik untuk membantu kami membangunkan pelajar yang berdisiplin, beretika, bertolak ansur, hormat, dan berfikiran luas.

“Pendidikan merupakan senjata yang paling berkuasa yang anda boleh digunakan untuk mengubah dunia, pendidikan adalah pasport ke masa depan, milik mereka yang bersedia dari hari ini,” jelasnya.

Simbolik perasmian St. Joseph’s Institution International School Malaysia oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid.

St. Joseph’s Institution International School Malaysia membuka pintunya pada 29 Ogos 2016 dan kini mempunyai hampir 500 orang pelajar dari peringkat nurseri hingga tahun 12. 

Sekolah ini menawarkan pendidikan holistik Lasallian untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 18 tahun. 

Selain itu, sekolah ini juga menawarkan program Diploma ‘International Baccalaureate’ (IB) yang merupakan satu program pendidikan dua tahun yang menyasarkan pelajar berumur 16 hingga 19 tahun.

Menariknya, melalui program ini, kelayakan untuk ke peringkat lebih tinggi diterima di peringkat antarabangsa dan diiktiraf oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia.


-DZ

Tinggalkan komen anda