Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

TN50: Belia Jempol Utara 52 Inspirasi

By 20 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 19 Mei (Malaysiaaktif)-Sebanyak 52 inspirasi, aspirasi serta pandangan telah diutarakan oleh golongan belia pada majlis Dailog TN50 Peringkat Daerah Jempol yang berlangsung di Dewan Rakan Muda Kompleks Belia dan Sukan Daerah Jempol petang tadi.

Pelbagai padangan dan aspirasi dikemukakan oleh golongan muda bagi merencanakan hala tuju negara Malaysia dan Daerah Jempol itu telah dikendalikan oleh Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Juftri Joha selaku moderator sementara ahli panel terdiri daripada Datuk Shamsulkahar Md Deli, Datuk L.Manickam yang masing-masing ialah Ahli Majlis Kerajaan Negeri Sembilan dan Adun Kawasan Sungai Lui, Razi Mohd Ahli.

Menurut Shamsulkahar yang juga ADUN Kawasan Serting TN50 ialah peluang terbaik masyarakat Malaysia untuk merencanakan hala tuju negara.

Shamsulkahar berhasrat agar belia dapat meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Shamsulkahar berhasrat agar belia dapat meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang.

“TN50 ialah kesinambungan daripada dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan 2020 yang dirangka oleh pihak kerajaan dengan dapatan input-input daripada ahli politik, usahawan dan penjawat awam serta dilaksanakan dari peringkat atas hingga ke peringkat akar umbi”.

Tambahnya, inilah peluang kepada generasi belia yang berumur 15 hingga 30 tahun untuk meluahkan impian dan aspirasi masing-masing bagi merencanakan hala tuju negara dan Daerah Jempol khususnya menjelang 2050.

“Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah membuka peluang kepada generasi belia untuk merencanakan kehendak golongan tersebut kerana merekalah yang bakal mewarisi kepimpinan negara,” jelasnya.

Sementara itu, menurut L.Manickam, golongan muda ialah pemangkin pembangunan negara.

“Tiada guna kerajaan Malaysia menyediakan pembangunan fizikal kelas pertama tetapi mentaliti golongan belia masih pada tahap kelas kedua.

“Golongan belia perlu memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan negara maju supaya pada 2050, Malaysia menduduki tangga yang ke-20 antara negara maju,” ujarnya.

Dalam pada itu, Razi yang merupakan anak peneroka Felda Pagoh 3, generasi kedua melahirkan impian dan aspirasi bahawa menjelang 2050 pusat-pusat Felda akan bertaraf Bandar Felda dengan kemudahan keretapi laju,MRT dan lebuh raya yang canggih.

Bagi belia, Norfifah Karim, 29, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Jempol melahirkan sebuah supaya di Daerah Jempol diwujudkan sebuah Universiti Agropolis memandangkan kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan Daerah Jempol sebagai Bandar Agro polis.

Nirfifah yang bercadang mewujudkan sebuah universiti untuk anak cucu.

Nirfifah yang bercadang mewujudkan sebuah universiti untuk anak cucu.

Pelajar MRSM Jempol, Atifah Abu Bakar, pula 15 berhasrat agar pembangunan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perlu seiring terutama kawasan luar bandar.

Pelajar Kolej Komuniti Jempol, Wan Lokmen Wan Hakim,19 pula melahirkan aspirasi menjelang 2050 Malaysia sifar merokok dan bebas penagih dadah.

“Saya juga menyarankan kepada kerajaan agar 30 peratus dalam bidang akademik dan 70 peratus lagi akademik kemahiran supaya lebih ramai tenaga mahir dapat diwujudkan menjelang 2050 dan kerajaan tidak perlu bergantung kepada tenaga mahir negara asing.

Dialog ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Pejabat Daerah Jempol.

-SF

Tinggalkan komen anda