Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Pelestarian Perkhidmatan Terbaik Melalui NBOS

By 22 Mei 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto : Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 21 Mei – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari, menyifatkan program secara bersama atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjaya menyatupadukan masyarakat di semua peringkat dan mengukuhkan kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

“Kerjasama dalam melaksanakan program secara bersama oleh setiap jabatan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dilihat semakin mencapai kehendak Perdana Menteri.

Jailani sempat membeli barangan dapur di tapak jualan FAMA.

Jailani sempat membeli barangan dapur di tapak jualan FAMA.

“Kerjasama dan penyatuan dalam pelaksanaan sesuatu program amat penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” ujarnya ketika berucap dalam majlis perasmian Program Sepakat Komuniti 1Malaysia semalam.

Pelaksanaan program secara bersama atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh jabatan dan agensi kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat.

Program yang dilaksanakan di Dewan Felcra In-Situ Hulu Berang, Kampung Betung, Ajil, berjaya menarik bukan hanya masyarakat setempat, tetapi juga penduduk dari seluruh Daerah Hulu Terengganu termasuk Manir.

Antara program yang diadakan antaranya pertunjukan masakan berasaskan ulam-ulaman tempatan bagi menarik minat semua lapisan masyarakat menikmati jamuan yang lebih sihat.

Jailani turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada guru-guru KAFA yang cemerlang dalam tugas mereka sempena sambutan hari guru kali ini.

– SH

Tinggalkan komen anda