Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

LPPSA Tidak Potong Ganjaran Bakal Pesara Kerajaan

By 22 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 Laporan dan foto oleh: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Rata-rata masih ramai penjawat awam yang keliru tentang pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

LPPSA merupakan sebuah agensi yang menguruskan semua perkara berkaitan pinjaman perumahan bagi penjawat awam.

Penjawat awam mendapatkan maklumat di Kaunter LPPSA

Penjawat awam mendapatkan maklumat di Kaunter LPPSA

Perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah tentang potongan penuh daripada ganjaran persaraan yang bakal diterima oleh pesara kerajaan.

Isu ini telah viral pada tahun lepas di media sosial serta menjadi topik perbualan hangat apabila satu surat perkeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia berkaitan tanggungjawab menyelesaikan hutang kepada kerajaan.

 Pengurus Kanan Pejabat Pegawai Exsekutif LPPSA, Aizwan Anuar

Pengurus Kanan Pejabat Pegawai Exsekutif LPPSA, Aizwan Anuar

Menurut Pengurus Kanan Pejabat Pegawai Exsekutif LPPSA, Aizwan Anuar, perkara ini sebenarnya merupakan satu salah faham dan orang ramai perlu mengetahui perkara sebenar.

“Walaupun terdapat klausa yang menyatakan kerajaan berhak menggunakan sebahagian ganjaran persaraan penjawat awam untuk membayar balik perkara-perkara tertunggak mahupun pembiayaan perumahan penjawat awam sebelum bersara, perkara ini sebenarnya merupakan salah faham dan perlu diberi penerangan terutama berkaitan pinjaman perumahan.

LPPSA tidak potong ganjaran persaraan yang bakal diterima oleh pesara kerajaan.

LPPSA tidak potong ganjaran persaraan yang bakal diterima oleh pesara kerajaan.

“Penjawat awam yang akan bersara tidak perlu risau kerana perkara tersebut bukan perkara yang wajib tetapi adalah pilihan sama ada mahu menggunakan separuh wang ganjaran tersebut untuk mengurangkan atau melangsaikan pinjaman,” katanya semasa menyampaikan taklimat LPPSA di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi tadi.

Tambahnya, bakal pesara harus mendapatkan surat persetujuan daripada LPPSA terlebih dahulu untuk tujuan tersebut kemudian memaklumkan kepada JPA bahawa pemotongan pembiayaan LPPSA dilakukan seperti biasa melalui pencen.

Mohd Iswadi Abdul Hamid

Mohd Iswadi Abdul Hamid

Dalam pada itu, seorang penjawat awam yang ditemui, Mohd Iswadi Abdul Hamid, 38, berkata, penjawat awam harus mendapatkan maklumat sahih berkaitan isu-isu pembiayaan perumahan sektor awam ini.

“LPPSA telah mewujudkan sistem e-Tiket iaitu satu sistem pengurusan aduan masalah secara dalam talian dan setiap aduan akan diselenggara dengan lebih efisyen yang memudahkan urusan pertanyaan dan aduan terus ke bahagian yang berkaitan,” jelas Iswadi.

-DZ

Tinggalkan komen anda