Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Universiti P.Ramlee Bakal Gantikan ASWARA

By 25 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan & Foto oleh : Herman Hamid & Izzideen Khairi Zakaria (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR 25 Mei (Malaysiaaktif) – “Universiti P.Ramlee akan ditubuhkan dua tahun lagi bagi menggantikan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).”

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata demikian pada Majlis Dialog TN50 Perspektif Seni Budaya dan Warisan, di sini, semalam.

“Penubuhan ini diharap akan menjadi suatu platform yang menjanjikan transformasi dan menyediakan strategi jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan dalam bidang pendidikan, kebudayaan, keseniaan dan warisan menjelang tahun 2050.

“Universiti P.Ramlee akan dikelolakan sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (MOTAC)” ujar beliau lagi.

Sesi TN50 Perspektif Budaya & Warisan oleh Datuk Seri  Mohammed Nazri Abdul Aziz

Sesi TN50 Perspektif Budaya & Warisan oleh Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz

Menurut Pensyarah ASWARA, Tengku Iefiz Tengku Alaudin, pemantapan dalam bidang pendidikan asprisasi seni harus dititikberatkan oleh pihak kerajaan.

“ASWARA berharap akan lahir lebih ramai sarjana dari generasi Y dan Z dalam bidang pendidikan dan penyelidikan budaya seni dan warisan tempatan bagi membolehkan MOTAC umumnya dan Universiti P.Ramlee khususnya menjadi pakar rujuk untuk kebudayaan aras tinggi di Malaysia.

“Pewujudan Muzium Seni harus dilakukan agar dapat menempatkan khazanah-khazanah seni di Malaysia,” katanya.

Tambah Tengku Iefiz, kerajaan harus melakukan sesuatu agar kerjaya seni di Malaysia tidak di pandang enteng dan dianggap sebagai kerjaya kelas rendah.

Sementara itu, pelakon, pelawak dan pengarah teater, Sabri Yunus berkata, usaha ke arah meningkatkan pendapatan generasi muda dan penggiat seni dalam pelbagai bidang kebudayaan kesenian serta warisan akan dapat membantu penggiat seni berdikari, di samping mampu bergiat aktif tanpa bergantung sepenuhnya pada pihak kerajaan

“Rata-rata aspirasi mahukan kerajaan membantu khususnya generasi muda dan badan-badan bukan kerajaan menerokai dan mengembangkan lebih banyak kegiatan dan aktiviti kebudayaan dan pelbagai bidang kreatif global,” kata Sabri yang juga bertindak selaku moderator dialog.

Program TN50 yang dihadiri kira-kira 400 belia ini turut diselang selikan dengan segmen hiburan seperti persembahan tarian dan alat muzik percussion.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Rashidi Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengarah ASWARA, Tan Sri Dr Ong Hong Peng.

– AH

Tinggalkan komen anda