Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Serah Aset Baharu, Kerajaan Mantapkan APM Sarawak

By 25 Mei 2017Mei 27th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / foto oleh : Mohd Baharruddin Mohamad & Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak lapan buah lori lima tan jenama Maschinenfabrik Augsburg-Nürnberg (MAN) bernilai RM5,245,896.00 dan sebuah bot Amphibious Rigid Inflatable 7.1 Sealegs bernilai RM640,00.00 diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, petang semalam.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili kerajaan negeri merangkap Pengerusi JPBN yang menyempurnakan penyerahan tersebut berharap dengan adanya perolehan aset tersebut, ia akan dapat membantu operasi sekiranya berlaku bencana khususnya banjir di sini.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri diatas komitmen serta keperihatinan dalam meningkatkan mutu perkhkidmatan kepada rakyat Sarawak khususnya dalam menangani bencana.

“Dengan adanya kenderaan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keupayaan dan mobiliti APM Sarawak selaku seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan kenderaan operasi dan logistic kepada APM Sarawak di sini, petang semalam.

Dalam masa yang sama, beliau berharap agar kerajaan persekutuan dapat menambah empat lori lagi kepada APM Sarawak supaya ia dapat ditempatkan di setiap 12 bahagian negeri ini.

WhatsApp Image 2017-05-25 at 4.09.49 PM

Sementara itu, Uggah yang juga Pengerusi JPBNS berkata, jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mencegah kebakaran tanah gambut di Miri pada musim kemarau yang diramalkan pada Mei hingga September tahun ini.

“Kita sudah menyediakan jentera untuk menghantar bekalan air dan saya yakin ini dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan mereka yang terjejas,” katanya
lagi.

Uggah juga akan melawat Kuala Baram, salah satu kawasan yang kerap berlaku kebakaran tanah gambut serta meninjau kolam tiub dan menara peninjau yang sudah siap dibina di situ, iaitu aset untuk memadam dan mengurangkan kebakaran di kawasan tanah gambut.

“Kita kena jaga kebakaran tanah gambut terutama di Miri kerana takut ia menjejaskan Negara Brunei Darussalam,” jelasnya lagi.

Turut hadir Pesuruhjaya APM, Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya.

Tinggalkan komen anda