Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Dua Pemilik Rumah Terbakar Dapat Bantuan

By 26 Mei 2017Tiada komen1 minit bacaan

 Laporan dan foto oleh: Muhammad Ashraf Ahmad Jarkasi (Hulu Langat)

SEMENYIH, 26 Mei (Malaysiaaktif) – “Sepanjang tempoh lebih kurang empat bulan lepas sejak rumah saya terbakar, saya terpaksa menyewa rumah buat sementara waktu sehingga rumah selesai dibaik pulih.”

Demikian kata Saiman Anthony, 30, salah seorang penerima kunci dua unit rumah baik pulih di Pangsapuri Sri Mawar 2, di sini, petang semalam.

“Saya rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Johan atas keperihatinan dalam membaik pulih rumah saya,” ujarnya penuh syukur.

Saiman Anthony (dua dari kanan)

Hadir untuk majlis penyerahan ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih merangkap Pegawai Tugas-tugas Khas (PTTK) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Johan Abd Aziz.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang telah meluluskan dalam bajetnya sejumlah peruntukan khas bagi membantu rumah-rumah pangsa, melalui KPKT.

PTTK YBM KPKT, Datuk Johan Abdul Aziz

“KPKT membantu dengan meluluskan dengan segera peruntukan bagi membaik pulih kedua-dua unit rumah ini. Kos keseluruhan membaik pulih dianggarkan mencecah RM 347,000,” jelas Johan.

Juga turut sama membantu dalam usaha ini adalah MIC Bahagian Hulu Langat yang telah menyumbangkan sumbangan sebanyak RM10,000.

-DZ

Tinggalkan komen anda