Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Malaysia Tegas Tolak Keganasan

By 5 Jun 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Rosli Md.Zin (Bachok)

BACHOK, 05 Jun (Malaysiaaktif) –  Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Malaysia terang-terangan tidak akan menyokong segala bentuk keganasan dan menyatakan akan berkerjasama dengan semua negara untuk menghalang segala bentuk anasir keganasan.

“Keganasan bukan soal pemerintahan atau kerajaan sahaja, semua pihak termasuk parti-parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus memerangi keganasan. Kita berharap semua pihak bersiap siaga membantu polis untuk melakukan pencegahan dan mengatasi permasalahan ini,” ujarnya.

Zahid (dua daripada kiri) ketika sidang media Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan semalam.

Zahid (dua daripada kiri) ketika sidang media Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan semalam.

Dalam masa yang sama Zahid turut mengucapkan takziah kepada keluarga Huffaz yang meninggal dunia dalam tragedi kemalangan baharu-baharu ini.

Zahid ditemui dalam Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Mahmudi Bandar Bachok di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Zahid turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim yang terpilih.

Salah seorang anak yatim yang ditemui  Mohd Razi Daud, 14 tahun, berkata sepanjang beliau tinggal di rumah anak yatim ini sememangnya pada bulan ramadan sumbangan selalu melimpah ruah.

“Cuma kali ini saya terkejut kerana sumbangan datangnya daripada orang nombor dua dalam negara dan sumbangan ini juga amat bermakna kepada saya serta dapat menampung perbelanjaan sekolah saya,” ujarnya yang berharap agar majlis seumpama ini diadakan setiap tahun.

 

-SH

Tinggalkan komen anda