Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Produk Hiliran Kelapa Jana Pendapatan Lumayan

By 8 Jun 2017Tiada komen2 minit bacaan
 
Laporan / foto: M Zakry Chan (Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 8 Jun (Malaysiaaktif) – ‘Hendak seribu daya tak nak seribu dalih’ merupakan peribahasa yang menjadi motivasi kepada pasangan usahawan yang menjadikan kelapa sebagai pendapatan sampingan yang lumayan.

Mengimbau kembali kepada waktu awal perniagaan, Abdull Latif Baba, 55, memulakan perniagaan pada tahun 2003 dengan produk pertamanya cili giling dan pada 2010 dia mengorak langkah menceburkan diri dalam produk hiliran kelapa selepas projek Kelapa Matagnya mengeluarkan hasil pertama.

Di sini lokasi awal bermula berniaga. Hasil keuntungan setelah 15 tahun berniaga digunakan untuk membuat ruang tambahan di sebelah rumah bagi dijadikan bengkel penghasilan produk kelapa hiliran.

Di sini lokasi awal bermula berniaga. Hasil keuntungan setelah 15 tahun berniaga digunakan untuk membuat ruang tambahan di sebelah rumah bagi dijadikan bengkel penghasilan produk kelapa hiliran.

Ketika itu, hati kecil Abdull Latif berkata jika menjual kelapa sahaja, usahanya tidak akan kemana dan mula dari situlah pelbagai idea muncul untuk mempelbagaikan produk berasaskan kelapa.

“Dengan bermodalkan RM15,000, saya membeli mesin parut kelapa dan mesin memerah santan. Kini produk hiliran seperti santan, kerisik, minyak kelapa dara, sabun minyak kelapa dara dan dodol menjadi produk syarikat Ubaidah Ceria Enterprise yang beralamat di Kampung Panchor Durian Tunggal.

Mesin goreng kelapa untuk penyediaan kerisik

Mesin goreng kelapa untuk penyediaan kerisik

Masalah kekurangan kelapa dan peningkatan harga kelapa menjadi cabaran kepada Abdull Latif

Masalah kekurangan kelapa dan peningkatan harga kelapa menjadi cabaran kepada Abdull Latif

 

“Cabaran sentiasa ada dalam perniagaan lebih-lebih lagi bila bekalan kelapa berkurangan. Walaupun saya ada ladang kelapa, namun masih tidak mampu menampung permintaan dan saya terpaksa membeli dengan peraih lain dengan harga yang tinggi, pasaran kelapa kini sebiji yang belum dikupas kulitnya berharga RM2.50 sebiji,” jelas Abdull Latif.

Di sebalik setiap kejayaan sang suami, pasti ada sang isteri yang menjadi tulang belakang pendorong semangat. Begitulah juga Abdull Latif dengan isterinya, Siti Zabidah Mansor, 53 tahun.

Siti Zabidah bersama produk Minyak Kelapa Dara keluaran mereka.

Siti Zabidah bersama produk Minyak Kelapa Dara keluaran mereka.

 

“Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah banyak membantu saya dan suami dalam perniagaan, bantuan dari segi kursus kemahiran, dan peralatan disalurkan untuk meningkatkan produktiviti, bukan itu sahaja pihak Jabatan Pertanian juga memberi bantuan mesin membuat dodol untuk saya mempelbagaikan produk hiliran daripada kelapa,” kata Siti Zabidah.

Tambahnya lagi, pasaran produk hiliran kelapa seperti kerisik dan santan diedarkan di pasar-pasar dan juga kenduri-kendara manakala produk minyak kelapa dara dan sabun kelapa dara diedarkan melalui orang perseorangan atau orang tengah yang berminat memasarkan produk sendiri berasaskan kelapa dara.

Mesin perah santan bantuan RISDA

Mesin perah santan bantuan RISDA

Mesin pengacau dodol bantuan Jabatan Pertanian

Mesin pengacau dodol bantuan Jabatan Pertanian

“Pendapatan purata bulanan pula adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000. Namun bila tiba musim perayaan, permintaan akan meningkat dengan mendadak dan boleh mencapai hingga belasan ribu ringgit,” jelas Siti Zabidah.


-DZ

Tinggalkan komen anda