Skip to main content
Berita TempatanSabah

Konsul Jeneral China Kagum Amalan Hidup Harmoni Di Sabah

By 13 Jun 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh Asmidar Zainol / Foto: Johnny (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 13 Jun (Malaysiaaktif) – “Amalan hidup berbilang kaum dan bangsa dengan harmoni pada masa sekarang perlu dipertahankan dan seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

Demikian kata Konsul Jeneral China ke Sabah, Chen Peijie selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di ?Istana ?N?egeri?,? pada Isnin.

Tambahnya, amalan tersebut patut menjadi kebanggaan Sabah kerana sepanjang dua tahun setengah dia di sini, dia dapat melihat sendiri pengalaman tersebut.

“Sepanjang tempoh tersebut, saya mendapat ramai rakan daripada pelbagai bangsa dan agama. Mereka bukan hanya berbangsa Cina tetapi juga Kadazan, Dusun, Bajau, Melayu dan juga India.

“Saya amat kagum kerana walaupun rakyat Sabah mempunyai pelbagai kaum dan agama, mereka dapat hidup harmoni dan sewajarnya menjadi contoh kepada negeri serta negara lain?,?” ujarnya kepada pemberita.

Chen yang memulakan tugas pada 30 Januari 2015 bakal mengakhiri tugasnya pada awal Julai turut melahirkan rasa syukur kerana dapat merasai pengalaman hidup berbilang bangsa dan agama yang pastinya situasi ini tidak dirasai di China.

“Situasi ini pasti akan saya rindui selalu. Sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini, saya turut merasai pengalaman menyambut ?pelbagai perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan dan sebagainya,” katanya.

Ditanya apa yang bakal dirindukan apabila pulang ke China nanti, Chen memaklumkan buah Durian, pemandangan ?m?atahari terbenam dan lokasi-lokasi pelancongan yang terdapat di negeri ini.

Konsulat Jeneral China ke Sabah pertama di negeri ini turut melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sokongan yang diberikan sepanjang dia berkhidmat di sini.

“Saya juga akan mengadakan kunjungan hormat kepada menteri-menteri yang berkenaan dan melahirkan rasa syukur atas sokongan kepada saya dan pejabat Konsulat Republik China perkhidmatan saya di sini.

“Saya berharap hubungan baik antara Sabah dan China ini akan terus berkekalan oleh pengganti saya nanti,” ujarnya.

 

-SF

Tinggalkan komen anda