Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Kempen Mega MyDaftar Selesai Isu Dokumentasi

By 14 Jun 2017Tiada komen1 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Vicnaraja Chandran (Tampin)

SEREMBAN, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 110 orang hadir Kempen Mega Mydaftar bagi memberi panduan untuk menyelesaikan isu-isu dokumentasi pengenalan yang dihadapi oleh Masyarakat India di Wisma Persekutuan Seremban, Negeri Sembilan semalam.

Menurut salah seorang Pengurus Jawatankuasa Bertindak Mega MyDaftar, SP.Manivasagam, tujuan utama mengadakan kempen Mydaftar ini adalah bagi membantu masyarakat India yang menghadapi masalah mendapatkan kerakyataan ataupun Kad Pengenalan Biru.

Pengurus Jawatankuasa Bertindak Mydaftar, SP. Manivasagam

Pengurus Jawatankuasa Bertindak Mydaftar, SP. Manivasagam

“Kempen ini telah diuar-uarkan melalui media massa lebih awal supaya masyarakat India setempat yang menghadapi masalah ini dapat hadir mendapatkan bantuan.
“Ahi Jawatankuasa Kempen mengumpulkan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi mendapatkan kerakyatan dan akan diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan urusan kelulusan. Kerajaan komited dan prihatin dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat India ini,” jelasnya.
Salah seorang pemegang Kad Pengenalan Merah, T. Kalaiselvam, 76, berkata dengan menghadiri kempen ini dia mendapat kepastian daripada JPN bahawa dia akan menerima MyKad tidak lama lagi.

Kalaiselvam

Pemegang kad pengenalan merah, Kalaiselvam

Dalam pada itu, Achi Mari @Fatimah Abdullah, 81, menerima Mykad pada hari ini setelah pihak JPN menyemak semua dokumen keperluan lengkap diberi.
Program ini merupakan anjuran Unit Khas Program Pembangunan Sosisekonomi Masyarakat India (SEDIC) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
-SF

Tinggalkan komen anda