Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

APMM Hadapi Cabaran Ramadan Di Tengah Samudera Demi Negara

By 17 Jun 2017Jun 19th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Pelapor/Foto Oleh Nur Shafira Mat Hussin /Ruslan Abd Rahman (Pasir Puteh) 

PASIR PUTEH, 17 Jun (Malaysiaaktif)  –  Tidak makan, minum dan tidur selama dua hari merupakan pengalaman yang berharga dan tidak akan dilupakan oleh Leftenan Muda Parthiban a/l Maniam, 29.  Pada usia yang agak muda ini beliau yang berkhidmat dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejak lebih tiga tahun lalu telah menimba banyak pengetahuan dan pengalaman bersama pasukan laut beruniform itu.

“Untuk menjadi seorang anggota beruniform yang baik dan komited, pertamanya perlu ada minat di dalam bidang tersebut serta ditambah dengan semangat dan rasa tanggungjawab kepada keselamatan negara,” kata Parthiban kepada Malaysiaktif ketika ditemu bual sempena Program Lawatan Sivik Iftar Ramadhan 2017 bersama APMM  Daerah Maritim 10 Tok Bali,  dekat sini semalam.

1fa0c7bf-3dce-4abb-98ea-5050ff40f497

APMM Daerah D10 Tok Bali sentiasa bertugas mengawal perairan negara.

Mengenai tugas dan operasi, Pengarah APMM Kelantan, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata sepanjang tahun ini APMM berjaya menahan lebih 21 bot nelayan asing kerana mencerobohi kawasan perairan negara dan bersabit kesalahan mencuri hasil laut, termasuk  mencuri gamat.

“Perairan negara kita kaya dengan pelbagai hasil laut, seperti ikan dan gamat, oleh itu ia diminati oleh nelayan asing, seperti Vietnam dan Thailand untuk dicerobohi.  Namun begitu, APMM sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan perairan negara.”

“APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali mempunyai kekuatan anggota seramai 140 orang yang ditugaskan mengikut jadual sepanjang 24 jam termasuk pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri. Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab dan rutin kami untuk bekerja dua minggu di laut dan dua minggu lagi di daratan” tambah Nurul Hizam lagi.

5992f292-0302-4dea-870f-cbb0c6f2df3a

Berbuka puasa di tengah samudera bersama anggota APMM Daerah 10 Tok Bali.

Sementara itu, Laskar Kanan Maritim Mohd Rafi Musa, 37, yang telah berkhidmat selama 11 tahun dalam APMM pula menceritakan segala pengalaman suka dan duka yang pernah beliau tempuhi. Beliau menceritakan bagaimana beliau pernah tercedera di lengan kiri sewaktu memasak ketika musim tengkujuh.

“Tengkujuh merupakan antara musim yang sangat mencabar kerana krew kapal terpaksa berdepan cuaca tidak menentu dengan badai serta ombak besar yang amat menguji ketahanan masing-masing sebagai pelaut.”

“Namun demikian, demi tugas saya tetap memasak dan melakukan yang terbaik untuk kawan-kawan memandangkan kami sama-sama berkhidmat kepada negara.”

8a76d882-07e4-4831-b4d4-e0f657bdd692

Kapten Nurul Hizam Zakaria sedang memberikan taklimat.

Turut berkongsi pengalaman, Leftenan Komander Maritim Ariffin Ghazali, 40 dari Bachok.

Beliau berharap agar lebih ramai golongan belia tampil untuk menjadi pelapis di dalam APMM sebagai pilihan berbeza berbanding kerjaya dalam perkhidmatan udara atau darat.

Sebelum ini Ariffin bertugas di APMM Subang, Selangor sebagai juruterbang Skuadron Amfibia dan baharu seminggu pulang ke sini untuk berkhidmat berhampiran kampung halaman.

“Setiap anggota beruniform pasti akan merasai pengalaman bertugas pada musim perayaan, terutamanya Hari Raya Aidilfitri. Walaupun hati ingin beraya di samping keluarga tercinta, namun demi tanggungjawab kepada negara, kami rela berkorban agar keamanan terus dapat dikecap bersama.”

Kembara lautan sejauh 80 batu nautika ini merupakan inisiatif di antara di antara Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dan APMM DM 10 Tok Bali.

Ia diusahakan sebagai sokongan moral kepada wira negara APMM yang bertugas sewaktu bulan Ramadhan .

Turut menyertai program ini Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Azhar Haji Ismail.

5e49453a-7b82-4ddb-b825-b8b8edc5f2d2

 

-AAS

Tinggalkan komen anda