Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

THiJARI 2.0 Perkhidmatan Interaktif Atas Talian Tanpa Sempadan

By 10 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Zaharah Ismail & Khairul Shahrizal Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Malaysiaaktif) – “Lembaga Tabung Haji (TH) terus mengorak langkah dengan lebih maju lagi apabila aplikasi THiJARI yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014 telah ditambah baik dalam usaha mempelbagaikan perkhidmatan interaktif atas talian tanpa sempadan untuk kemudahan para pendeposit dan Jemaah Haji khususnya.”

Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata demikian ketika ucapan perasmian Pelancaran THiJARI 2.0 di sini, hari ini.

“Menyedari jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia yang dijangka mencecah sehingga 17.8 juta pada penghujung 2017 (mengikut kajian laman web Statista), TH telah berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan ke tahap yg lebih maju dengan penambahbaikkan sistem THiJARI 2.0 ini,” katanya.

Ucapan Perasmian oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ucapan Perasmian oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Tambahnya, antara kandungan aplikasi sistem ini ialah para pendeposit boleh menyemak status pendaftaran dan tawaran haji, selain pengguna dapat mengemaskini urusan akaun pendeposit, pendaftaran, direktori, berita dan promosi terkini.

“Aplikasi ini membolehkan pelanggan dan pendeposit mendapatkan nombor giliran secara atas talian bagi memudahkan urusan di kaunter tanpa perlu membazir masa menunggu tempoh yang lama seperti sebelum ini.

“Penerbangan pertama ke Kota Mekah tahun ini dijadualkan pada 24 Julai 2017, bakal-bakal jemaah haji boleh membuat semakan jadual penerbangan melalui aplikasi ini. Aplikasi THiJARI 2.0 ini boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store secara percuma,” jelas Abdul Azeez lagi.

Antara tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran THiJARI 2.0.

Antara tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran THiJARI 2.0.

Sementara itu, selebriti terkenal Malaysia, Elfira Loy dan Wak Doyok diumumkan sebagai Ikon Aplikasi THiJARI 2.0.

Pada majlis yang sama, Majlis Lebaran Aidilfitri Bersama Anggota TH turut diadakan.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah.

– AH

Tinggalkan komen anda