Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Agrobank Rai Raya Bersama Golongan Kurang Bernasib Baik

By 11 Julai 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Rajeswari Nagamuthu & Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Malaysiaaktif) – Agrobank hari ini menyampaikan zakat berjumlah RM311,000 kepada 12 pertubuhan anak yatim, fakir miskin, pelajar universiti dan orang kelainan upaya pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ‘Syukur Syawal Agrobank’, di sini, hari ini.

Menurut Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, sambutan Syawal yang diadakan pada setiap tahun merupakan tanda penghargaan dan terima kasih bank kepada pihak yang telah membantu mereka.

“Pada tahun lalu, Agrobank berjaya mencapai nilai pembiayaan tertinggi iaitu sebanyak RM8.73 billion dengan pertumbuhan sehingga 16.7 peratus, di mana ia merupakan pertumbuhan tertinggi yang direkod sejak 5 tahun kebelakangan ini,” jelasnya.

Antara pertubuhan terpilih yang menerima pengagihan zakat ini ialah Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku, Klang; Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Terengganu; Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Pelajar Miskin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia; Pertubuhan Bantuan Kebajikan Keluarga Miskin Bandar Kuala Lumpur dan Selangor; dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Antara penerima zakat Agrobank.

Antara penerima zakat Agrobank.

Pemberian zakat telah diagihkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Majlis yang dihadiri oleh 700 tetamu jemputan ini turut hadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

– AH

Tinggalkan komen anda