Khairy Lancar Platform Digital @ KL2017

WhatsApp Image 2017-07-13 at 4.26.10 PM

 

 Laporan dan Foto oleh: Anwar Aizuddin Abdul Wahab & Mohd Shahfuri Saidan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Malaysiaaktif) – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini melancarkan platform digital Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang terdiri dari laman web, Facebook, Twitter dan Instagram serta iklan rasmi bagi temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang diadakan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Menurutnya, platform digital merupakan medium untuk orang ramai mengikuti perkembangan terkini KL2017, menonton perlawanan secara langsung sewaktu temasya, mengikuti jadual perlawanan, keputusan dan sebagainya.

“Dengan pelancaran aplikasi telefon dan saluran YouTube KL2017, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017 mensasarkan untuk memberikan ketercapaian yang lebih tinggi kepada peminat sukan serantau bukan sahaja melalui televisyen, malah secara digital yang boleh diakses di mana sahaja pada setiap masa.

“Laman web KL2017, www.kualalumpur2017.com.my merupakan aset digital utama dalam menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat antaranya sebagai platform pendaftaran untuk orang ramai bagi menyertai aktiviti seperti Larian Obor dan Sukarelawan, penjualan barangan, plat kenderaan dan tiket KL2017 serta merupakan pusat maklumat untuk pelbagai acara sukan dan acara yang akan dipertandingkan” jelasnya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin memperkenalkan aplikasi KL2017 kepada tetamu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin memperkenalkan aplikasi KL2017 kepada tetamu.

Pada majlis yang sama, Khairy turut memperkenalkan iklan rasmi KL2017 untuk menyuntik semangat kesukanan dengan mesej ‘It takes a nation to raise a champion (bersama, kita lahirkan juara)’ arahan pengarah muda, Quek Shio Chuan.

Khairy berharap agar iklan rasmi KL2017 ini akan menjadi inspirasi pembakar semangat kepada orang ramai, khususnya rakyat Malaysia dan para atlet muda untuk terus berjuang tanpa mengenal jemu untuk memperoleh kejayaan.

Temasya KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos 2017 bagi Sukan SEA dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.

Turut hadir, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Low Beng Choo dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC, Datuk Sri Zolkples Embong.

– AH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...