Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Deaflympics: Insentif Untuk Atlet Sumbang Pingat

By 13 Julai 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Noor Sazarina Mohd Noor

PETALING JAYA, 13 Jul (Malaysiaaktif) – “Insentif yang sewajarnya akan diberikan sekiranya pingat berjaya dibawa pulang. Perbincangan bersama Perdana Menteri akan diadakan bagi memikirkan insentif yang bersesuaian kepada pemenang.”

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian kepada para pemberita selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara, pagi tadi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.

Malaysia akan menghantar kontinjen seramai 30 orang pegawai dan atlet ke Kejohanan Temasya Sukan Deaflympik yang dijangka berlangsung pada 18 hingga 30 Julai ini di Turki.

deaf2

Ahmad Zahid menyerahkan Jalur Gemilang kepada Chef De Mission kontinjen, Kamarzaman Harun selaku Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia bersama Pembawa Jalur Gemilang, Zahid Awang.

“Kita mahukan kemenangan pada kejohanan kali ini. Semoga kontinjen negara beroleh kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” ujarnya lagi.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM250 ribu daripada kerajaan Malaysia kepada kontinjen dan memberikan kata-kata semangat kepada para atlet.

Kejohanan kali ke-23 ini diadakan setiap empat tahun dan ini merupakan penyertaan negara kali kelima.

Dijangka kira-kira 80 buah negara akan menyertai temasya yang mempertandingkan sebanyak 21 jenis sukan.

Kontinjen Malaysia menyertai sukan olahraga, tenpin bowling dan badminton. Kontinjen dijangka berlepas ke Turki pada 16 Julai ini.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda