Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanWilayah Persekutuan

‘Sail Malaysia Passage To East 2017’ Promosi Malaysia dalam Aktiviti Pelayaran

By 17 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian
LABUAN, 17 Jul (Malaysiaaktif) – “Program ekspedisi ‘Sail Malaysia Passage To East 2017’ yang bermula pada 3 April lalu di Langkawi hingga 24 Ogos ini yang berakhir di Tawau, Sabah dilihat membantu mempromosi Malaysia khususnya perairan kita dalam aktiviti pelayaran kapal layar.”

Pengarah Urusan Sail Malaysia Yachting Sdn Bhd, Sazli Kamal Basha berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam menyambut kedatangan para peserta program itu, pada Sabtu.

Sazli Kamal Basha

Sazli Kamal Basha

“Sepanjang ekspedisi tersebut, sebanyak lebih 20 destinasi akan dan telahpun disinggah oleh 29 kapal-kapal layar dari pelbagai negara, yang mana daripada 29 kapal layar tersebut, 15 buah telah belayar di Pulau Labuan,” ujarnya yang juga selaku penganjur program tersebut.

Tambahnya, antara peserta-peserta terlibat adalah dari negara seperti Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Germany, Mexico, Thailand dan Filipina.

“Program ini boleh dijadikan platform bagi agensi pelancongan di negeri-negeri untuk bersama memain peranan bagi mempromosi tempat-tempat menarik yang ada khususnya sektor marin dan pelancongan,” jelasnya.

Sazli memuji pihak Perbadanan Labuan melalui Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Keseniannya merencanakan pelbagai program untuk para peserta semasa berlabuh di Pulau Labuan.

Pengarahnya, Mahathir Abd Hamid, berkata pihaknya amat mengalu-alukan kedatangan rombongan pelayar tersebut yang datang dari pelbagai negara.

Para peserta turut sama menari tarian tradisional bersama penari kebudayaan Perbadanan Labuan

Para peserta turut sama menari tarian tradisional bersama penari kebudayaan Perbadanan Labuan

“Program keluarga angkat pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Lada bersama peserta program tersebut adalah salah satu pengisian pihak perbadanan bagi mengeratkan silaturahim antara peserta dengan masyarakat di Labuan ini serta mendedahkan mereka dengan makanan serta kebudayaan masyarakat tempatan,” ujar Mahathir.

Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda