Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Perhimpunan ‘Selamatkan Masjid Al-Aqsa’ Di Kuala Lumpur

By 21 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Syaiful Harif Adnan & Khairul Shahrizal Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Malaysiaktif) – Gabungan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawah ‘Kempen Selamatkan AlQuds’ hari ini melancarkan demo aman besar-besaran demi pembebasan Masjid Al-Aqsa di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS), di sini.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 200 orang ini bermula dari Masjid Tabung Haji ke hadapan Kedutaan AS dengan laungan ‘Free free Palestine’, ‘Labbaik, Labbaik, Labbaika ya Aqsa Bebas Bebas Al-Aqsa’ dan ‘Hancur Hancur Hancur Zionis’.

Peserta berarak dari Menara Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Peserta berarak dari Menara Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam ucapannya berkata “Masjid Aqsa bukan isu warga Arab sahaja malah dunia menyeru agar semua terus menyokong perhimpunan ini.”

Tujuan utama perhimpunan adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat yang mengandungi 12 tuntutan iaitu mengutuk penutupan Masjid Al-Aqsa dan halangan laungan azan serta solat dalam Masjid.

Ketiga: mengutuk sekeras-kerasnya pihak Amerika Syarikat yang memihak kepada Israel dalam konflik Israel-Palestin berkaitan Undang-Undang Antarabangsa.

Keempat: menyeru supaya kerajaan Amarika Syarikat memberi tekanan kepada pandangan nasihat International Court of Justice berkaitan Tembok Pemisah antara Palestin.

Kelima: menyeru supaya kerajaan Amerika Syarikat menghalalkan kemasukan penduduk Israel Kota Suci Al-Aqsa.

Keenam: mahukan kerajaan Amerika Syarikat memaksa Regim Israel menghentikan sekatan terhadap penduduk Palestin memasuki masjid dan pintu pagar eletrik yang dipasang perlu dinyahaktifkan tanpa bersyarat.

Ketujuh: mahukan semua rakyat Palestin yang ditahan atas ancaman baru-baru ini dibebaskan tanpa syarat.

Kelapan: mahukan kerajaan Amerika Syarikat mendapatkan semula ganti rugi kerosakan dan dokumen yang dirampas dari premis sekitar Masjid Al-Aqsa oleh tentera Israel dipulangkan semula kepada Wakaf Al-Aqsa.

Kesembilan: mahukan Presiden Amerika Syarikat memindahkan Kedutaan mereka di Tel Aviv ke Jerusalem.

Kesepuluh: mahukan kedaulatan Israel yang disokong oleh UNESCO ke atas Jerusalem tidak terpakai dan terbatal.

Kesebelas: mahukan Kerajaan Amerika Syarikat yang mempunyai kuasa besar untuk menghentikan penggalian terowong haram, kerja dan projek-projek di Timur Jerusalem (Baitulmaqdis) oleh Israel.

Kedua belas: menyatakan pendirian bahawa kunci mengekalkan keamanan dan menyelesaikan konflik Israel-Palestin terletak pada pengunduran dan penaklukan negara Israel dan menyerahkan kepada Al-Aqsa yang ditetapkan Resolusi dan Undang-undang Antarabangsa.

Antara peserta dengan plakad.

Antara peserta dengan plakad.

Gabungan yang diterajui oleh Al-Quds Foundation Malaysia ini menggesa agar perkara ini di bawa kepada Majlis Keselamatan Antarabangsa untuk menghentikan pencabulan Kesucian Masjid Al-Aqsa.

Antara gabungan yang terlibat ialah Aqsa Syarif (MYCARE), Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Muslim Care Malaysia, Malaysian Consultative Council Islamic Organization (MAPIM) dan Parti Amanah Negara.

Peserta perhimpunan memegang plakad dan sepanduk membantah pencerobohan Masjid Al-Aqsa.

Peserta perhimpunan memegang plakad dan sepanduk membantah pencerobohan Masjid Al-Aqsa.

Turut hadir, Pengerusi Al-Quds Foundation Malaysia, Dr Sharif Amin; Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidizi Mohd Noor dan Pengerusi Muslim Care Malaysia, Mohd Azmi Abd Hamid.

– AH

Tinggalkan komen anda