Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Kanak-Kanak Sahut Cabaran TN50 Secara Positif

By 22 Julai 2017Julai 24th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Muhammad Ashraf Ahmad Jarkasi

KAJANG, 22 Jul (Malaysiaaktif) – “Era kami dengan ibu bapa kami jauh berbeza dan negara kini membangun dengan pantas. Diharapkan kanak-kanak tidak diberi tekanan dan sebaliknya diberi dorongan untuk memilih profesion yang mereka minati.”

Janeace Tan Mei Yee, 15 tahun, dari Negeri Sembilan

Janeace Tan Mei Yee, 15 tahun, dari Negeri Sembilan

Demikian kata seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist ACS Negeri Sembilan, Janeace Tan Mei Yee, 15 yang ditemui di Program Dialog Perdana Perkongsian Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama kanak-kanak, di sini, semalam.

Program dialog tersebut yang bertemakan ‘Children Are Our Future’ merupakan anjuran bersama Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin.

Program yang diadakan di Oriental Hotel Kajang ini berjaya mengumpulkan seramai 500 orang peserta dari pelbagai sekolah dan sekaligus menggambarkan kesediaan golongan muda ini dalam menyahut cabaran TN50 secara positif.

Antara peserta cilik yang hadir ke program dialog tersebut.

Antara peserta cilik yang hadir ke program dialog tersebut.

Janeace turut berharap agar program seperti ini dijalankan dengan lebih kerap dan dengan audien yang lebih ramai.

“Saya berasa gembira kerana dapat memberi pandangan dan cadangan berdasarkan apa yang kanak-kanak inginkan,” tambahnya lagi.

Adam Rizal Amir, 10 tahun

Adam Rizal Amir, 10 tahun

Selain itu, seorang lagi kanak-kanak yang merupakan anggota mini Parlimen, Adam Rizal Amir, 10, berkata program hari ini sangat bagus kerana dapat memberi aspirasi dan kanak-kanak dapat menyuarakan pendapat.

“Harapan saya agar tiada lagi kes penculikan kanak-kanak, kerana kita seringkali mendengar cerita kes kanak-kanak diculik ketika bermain di luar tanpa pengawasan ibu bapa.

“Sya juga berharap agar program seperti ini diteruskan dan dilakukan secara kerap,” ujarnya.

Devindran, 14 tahun, dari Ipoh

Devindran, 14 tahun, dari Ipoh

Manakala, bagi seorang lagi peserta dari SMK Methodist ACS Ipoh, Devindran, 14, dia berharap kes buli dapat diselesaikan kepada kosong peratus dan ini dapat menyelamatkan kanak-kanak daripada kes buli.

Sementara itu, dalam satu sidang media khas, Khairy menyatakan sebanyak 62 aspirasi berjaya dikumpulkan dalam forum ini dan ini yang paling banyak setakat ini.

Cadangan-cadangan ini akan dihantar ke Sekretariat TN50.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kiri) dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Datuk Seri Rohani Abdul Karim (kanan)

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kiri) dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Datuk Seri Rohani Abdul Karim (kanan)

Tiga perkara utama yang diinginkan oleh kanak-kanak adalah satu keadaan fizikal dan mental yang lebih baik, pembangunan ekonomi lebih berasaskan kepada nilai dan sistem pendidikan yang lebih kepada bakat dan potensi seseorang individu.

Lebih 10,000 orang telah menonton program ini secara ‘live’ di laman ‘Facebook’.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda